Isnin, 14 Januari 2013

PERASMIAN PAMERAN LUKISAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH KALI KE 22

Program    : Perasmian Pameran Lukisan Angkatan Pelukis Kedah ( APK ) Ke 22.
Tarikh: 10 Januari 2013.
Masa: 11.00 Pagi.
Tempat: Hotel D`Vista, Sg.Petani Kedah.
Catatan        : YB Cikgu Johari selaku Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah telah merasmikan pameran lukisan APK kali ke 22, Beliau yang menggantikan YB Dato`Dr.Hamdan Mohd Khalid yang menghadiri mesyuarat EXCO turut di bawa melawat lukisan hasil karya ahli APK, Sebanyak 50 lukisan dipamerkan di ruang hotel tersebut. Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Hj.Judin Hj.Ahmad ( YDP Angkatan Pelukis Kedah ), Dr.Hanif Hassan ( Pengarah Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia Cawangan Kedah ), YB Senator Shaiful Izham Ramli, Hj.lr.Zamri Yusof ( Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah ), En.Rosli Ahmad ( Pengurus Hotel D`Vista Sg.Petani ), Pensyarah dan Pelajar lnstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abd Halim Sg.Petani serta Ahli APK.

PAMERAN LUKISAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH

YB Cikgu Johari meneliti sesuatu sebelum majlis perasmian pameran lukisan APK.
Hj Judin Hj Ahmad menyampaikan cenderahati kenangan kepada YB Cikgu Johari.
Sebahagian daripada peserta yang menghadiri majlis perasmian pameran.
Hj Judin Hj Ahmad menerangkan sesuatu berkenaan lukisan hasil karya ahli APK kepada YB Cikgu Johari.

KREATIF !!! YB Cikgu Johari tertarik dengan hasil lukisan ahli APK sambil diperhatikan lr.Hj.Zamri Yusof
Ahli APK menjelaskan hasil karya beliau kepada YB Cikgu Johari.


ANTARA LUKISAN HASIL KARYA AHLI APK YANG DIPAMERKAN.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan