Selasa, 15 Januari 2013

ADUN KUPANG SEGERA BANTU PADAM KEBAKARAN

Program    : Membantu Mangsa Kebakaran Premis Perniagaan Dan Rumah Penduduk.
Tarikh: 11 Januari 2013.
Masa: 12.30 Tengahari.
Tempat: Pekan Kuala Pegang, DUN Kupang.
Catatan        : Setelah menerima berita mengenai kebakaran yang sedang berlaku di Pekan Kuala Pegang, YB Cikgu Johari yang kebetulan baru selesai menziarahi kematian di Lubuk Kabu terus bergegas ke tempat kejadian, YB Cikgu Johari turut membantu orang ramai memadamkan api yang sedang marak sebelum ketibaan jentera bomba dan penyelamat.MKK Pekan Kuala Pegang dengan kerjasama penduduk setempat segera mendirikan khemah untuk membantu mangsa.YB Cikgu Johari cukup berbangga dengan sikap tolong menolong yang ditunjukkan oleh orang ramai yang sedia membantu memadam kebakaran tanpa mengira bangsa.

YB BERSAMA ORANG RAMAI MEMBANTU MEMADAM KEBAKARAN

YB Cikgu Johari terus menghubungi pihak berkuasa diketika api sedang marak

YB Cikgu Johari bersama orang ramai bertungkus lumus membantu memadam api.

Pasukan bomba bergegas membantu memadam kebakaran.
Pasukan bomba sukarela Kuala Pegang segera membantu.


Pelbagai golongan tanpa mengira kaum saling membantu memadam kebakaran.


YB Cikgu Johari berbincang sesuatu dengan En.Cheah Yew Hock, MKK Komuniti Cina Pekan Kuala Pegang ( Kanan ), En.Zulkifli Mohd Yatim, MKK Kuala Pegang ( Dua Kanan ) dan Hj.Basri Man, MKK Bukit Hitam ( Tiga Kiri ) bersatu tenaga untuk membantu mangsa kebakaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan