Sabtu, 6 April 2013

HARI KELUARGA PENDUDUK KGTELOK RAMBONG,BT8

Program    : Hari Keluarga Penduduk Kg.Telok Rambong, BT8, DUN Bayu.
Tarikh: 24 Mac 2013.
Masa: 12.00 Tenghari.
Tempat: Lata Mengkuang, Bendang Man, Sik.
Catatan        : YB Cikgu Johari dijemput bagi menyampaikan hadiah dan menutup majlis yang dihadiri hampir seluruh penduduk kampung tersebut, Majlis yang dianjurkan oleh Ust Zambri Che Teh, MKK Kg.Telok Rambong itu turut disertai penduduk dari pelbagai golongan, Majlis yang bertujuan merapatkan hubungan penduduk ini dikendalikan sepenuhnya MKK dan PAS Cawangan kampung tersebut, Turut hadir pada majlis ini ialah pimpinan PAS MTD Bayu, DPP Baling, En.Rajendran, Pengerusi DHPP Baling.

HARI KELUARGA PENDUDUK KG.TELOK RAMBONG.

YB Cikgu Johari berucap semasa perasmian penutup Hari Keluarga Kg.Telok Rambong, Turut kelihatan Ust Zambri ( Kanan ) dan En.Rajendran ( Kiri ).
Sebahagian daripada penduduk yang memeriahkan Hari Keluarga


YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.




En.Rajendran turut menyerahkan hadiah kepada pemenang.




Para peserta mengaminkan doa semasa majlis penutup Hari Keluarga.

Ahad, 31 Mac 2013

ADUN KUPANG RAI PELAJAR PASTI

Program    : Majlis Ramah Mesra Bersama waris & Pelajar PASTI Kg.Kepala Titi Sedim.
Tarikh: 17 Mac 2013.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: PASTI Kg.Kepala Titi Sedim, DUN Kupang.
Catatan        :YB Cikgu Johari meluangkan masa menghadir majlis ramah mesra bersama waris serta pelajar PASTI Kg.Kepala Titi Sedim, Beliau juga turut menyerahkan wang saku kepada pelajar-pelajar tersebut sebagai sokongan kerana memilih pendidikan pra sekolah yang berteraskan islam, Turut hadir pada majlis ini ialah En.Jamsari Ahmad ( MKK Kg.Kepala Titi Sedim ) serta Jawatankuasa UPU Badang.

RAMAH MESRA BERSAMA WARIS & PELAJAR PASTI KG.KEPALA TITI SEDIM

YB Cikgu Johari menyampaikan wang saku kepada pelajar PASTI sambil diperhatikan En Jamsari Ahmad ( Kanan ).

YB Cikgu Johari dibawa melawat pelajar PASTI ketika sedang berada bersama ibu masing-masing.

lbu yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak untuk menerima ilmu di PASTI ini.


YB Cikgu Johari sedang mencatat suatu bingkisan pada buku pelawat PASTI Kg.Kepala Titi Sedim.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN RENANG AMATUR KEDAH 2013

Program    : Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Renand Amatur Kedah 2013.
Tarikh: 15 Mac 2013.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Dewan Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.
Catatan        : YB Cikgu Johari berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan tersebut serta menyampaikan anugerahkan khas kepada peserta persatuan itu yang menyertai SUKMA yang diadakan di negeri Pahang pada temasya yang lalu, Beliau yang mewakili YB Dato`Dr.Hj Hamdan Mohd Khalib juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan daripada pihak kerajaan negeri Kedah kepada persatuan itu.Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Hj Fakaruddin Abdullah ( Presiden Persatuan Renang Amatur Kedah ), En.Azemi Abdun ( Penolong Pegawai Sukan MSNK ) dan wakil daripada pejabat belia Alor Setar.

PERSATUAN RENANG AMATUR KEDAH 2013

YB Cikgu Johari bersama Hj Fakaruddin Abdullah ( Dua Kiri ), En.Azemi Abdun ( Kiri ) dan wakli pejabat Belia Alor Setar ( Kanan ) semasa majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Renang Amatur Kedah 2013.

Sebahagian daripada ahli Persatuan Renang Amatur Kedah yang menghadiri mesyaurat agung sessi 2013.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan Mesyuarat Agung Renang Amatur Kedah 2013.
YB Cikgu Johari menyampaikan saguhati kepada peserta renang yang cemerlang pada temasya SUKMA di Pahang.



Hj Fakaruddin Abdullah menyampaikan cederahati kepada wakil pejabat belia Alor Setar.

Hj Fakaruddin Abdullah menyampaikan cederahati kepada YB Cikgu Johari selepas majlis perasmian mesyuarat agung persatuan itu.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANDOP & KG.DUSUN GHANI

Program    : Sepetang Bersama Penduduk Kg.Tandop & Kg.Dusun Ghani, DUN Bayu.
Tarikh: 13 Mac 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Tandop & Kg.Dusun Ghani, DUN Bayu.
Catatan        :YB Cikgu Johari bersama Ust Musoddak Hj Ahmad ( Pegawai Khas ( Penerangan ) kepada YAB MB Kedah ), Ust Rosli Azmi ( Pegawai Khas ( Belia ) kepada YAB MB Kedah ), Ust Md Juki Ahmad ( Pengarah MTD Bayu ) serta Jawatankuasa MTD Bayu meluangkan masa menziarahi beberapa orang penduduk kampung yang uzur dan menyerahkan kerusi roda kepada 3 orang pesakit terlantar di kampung tersebut, Pada sebelah malamnya pula satu siri ceramah penerangan telah diadakan di Markaz PAS Kg.Tandop yang dihadiri Hj Sanusi Md Noor ( Ketua Penerangan PAS Kedah ) dan Pimpinan MTD Bayu.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANDOP & KG.DUSUN GHANI

YB Cikgu Johari bersama Ust Musoddak dan Ust Rosli menyerahkan kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur di Kg.Tandop.

Ust Musoddak membantu seorang warga emas menggunakan kerusi roda.

Pelbagai golongan penduduk yang sempat diziarahi semasa program ini.

YB Cikgu Johari bersama rombongan menziarahi seorang pesakit terlantar di Kg.Tandop.

Ust Md Juki Ahmad ( Kiri ) menyerahkan sumbangan kepada seorang waris semasa mengunjungi kediaman mereka.


Hj Sanusi Md Noor berucap semasa ceramah penerangan di Markaz PAS Kg.Tandop.

MALAM SELEBRITI BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Program    : Malam Selebriti Bersama Pakatan Rakyat.
Tarikh: 12 Mac 2013.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Padang Awam KEDA, Pekan Kupang.
Catatan        : Hampir 10,000 orang membanjiri padang awam Kupang untuk menyaksikan penampilan pertama Selebriti 90`an Dayangku lntan khususnya di daerah Baling, Beliau yang menyertai PKR pada penghujung tahun 2012 itu sempat menceritakan pengalaman beliau sewaktu menjadi artis dan akhirnya mengambil keputusan menyertai parti politik bersama Pakatan Rakyat menerusi PKR, Beliau turut menarik perhatian para pendengar dengan mengulas isu-isu politik terkini tanahair serta mendendangkan lagu beliau yang popular sekitar tahun 90`an.Turut berceramah bersama beliau pada malam tersebut ialah Dato`Tamrin Tun Ghafar yang juga turut menyertai PAS bagi membantu Pakatan Rakyat.

MALAM SELERITI BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Antara Pimpinan PAS Kawasan Baling yang turut menghadiri Malam Selebriti Bersama Pakatan Rakyat.

Dato`Tamrin sempat meluangkan masa minum bersama pimpinan PAS di sebuah gerai bersebelahan tempat ceramah.

Dayangku lntan bersama pimpinan Muslimat PAS Kawasan Baling di pentas ceramah.
Dayangku lntan menyampaikan ceramah beliau yang pertama di daerah Baling dengan sambutan yang menggalakkan.

Dato`Tamrin turut mengupas isu-isu semasa yang menarik perhatian pendengar.

YB Cikgu Johari berucap mewakili PAS Kawasan Baling.

Rabu, 13 Mac 2013

PERASMIAN MARKAZ BESAR PEMUDA PAS BALING

Program    : Majlis Perasmian Markaz Besar Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling.
Tarikh: 12 Mac 2013.
Masa: 5.30 Petang.
Tempat: Pekan Kupang.
Catatan        : Lebih 500 orang menghadiri majlis perasmian Markaz Besar Pemuda PAS Baling,  Sebagai menghadapi PRU13, Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan majlis perasmian markaz besar yang terletak ditengah-tengah pekan Kupang, Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Sdr.Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ketibaan beliau disambut dengan konvoi anak muda untuk mengiringi ke tempat program, Pelbagai golongan menyertai majlis ini dan memenuhi perkarangan markaz besar. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Cikgu Johari Abdullah, Timb.YDP PAS Kawasan Baling, Ust Osman Abd Hamid, Ketua DPP Baling serta selurah Jawatankuasa DPP Baling dan pimpinan PAS Kawasan Baling.

PERASMIAN MARKAZ BESAR DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Anak muda berkonvoi mengiringi Khairul Faizi ke tapak program.

Hampir 300 buah motorsikal menyertai konvoi dan turut disertai puluhan buah kereta mengiringi Setiausaha DPP Malaysia ke

YB Cikgu Johari bersama Ust Osman Hamid ( Dua Kanan ) dan Ust Hilmi Wahab menyambut ketibaan Khairul Faizi


Ust Osman Hamid berucap semasa majlis perasmian Markaz Besar DPP Baling.

TERBAIK !!! Khairul Faizi berucap merasmikan Markaz Besar DPP Baling diatas sebuah beca milik MKK Kg.Raja, Kupang.
Khairul Faizi memotong riben sebagai tanda perasmian Markaz Besar DPP Baling sambil dibantu Ust Osman Hamid.


YB Cikgu Johari bersama pimpinan PAS dan Pemuda menikmati jamuan selepas majlis perasmian.

Sebahagian daripada anak muda yang menghadiri majlis perasmian.


Sebahagian daripada hadirin terpaksa berada diluar perkarangan Markaz Besar kerana kehadiran diluar jangkaan.


COMEL !!! Anak kecil ini mengenakan pakaian yang menarik perhatian hadirin.