Rabu, 23 Mei 2012

Ramah Mesra Bersama Penduduk & Serah Khemah

Program    : Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Khemah Kanopy.
Tarikh: 23 May 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Kampung Charok Kapas, DUN Kupang.
Catatan        : YB telah meluangkan masa menghadiri majlis ramah mesra dan penyerahan khemah kanopy kepada penduduk kampung tersebut, Majlis yang berjaya menghimpunkan hampir seluruh penduduk itu turut dihadiri anak-anak muda, Selesai majlis tersebut YB dibawa melawat titi besi yang telah siap dibina untuk kemudahan penduduk setempat.

SEKITAR MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK KG.CHAROK KAPAS

YB Cikgu Johari memotong riben tanda perasmian penyerahan khemah kepada penduduk.

YB Cikgu Johari turut berucap kepada penduduk.

YB Cikgu Johari turut menyerahkan sumbangan kepada fakir miskin


Ramah Mesra Bersama Kaum Tioghua

Program    : Ramah Mesra Dan Sumbangan Bersama Masyarakat Kaum Tionghua.
Tarikh: 20 May 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Dewan Cina Kg.Dara, Sg.Tawar, DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 38 orang kaum Tionghua di kampung tersebut diraikan dalam satu majlis ramah mesra bersama YB, Mereka juga menerima sumbangan daripada YB, Turut hadir dalam majlis ini adalah Cikgu Abd Kadir Rani, S/U SKWAT, En.Kham Theik Joo, MKK Pekan Kupang dan En.Suhaimi Bin Bali, MKK Kg.Dara.


YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada kaum Tionghua


YB Cikgu Johari berucap dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat kaum Tionghua.

YB LEPAS KONVOI MOTORSIKAL PEMUDA PEKAN MALAU.
  
YB Cikgu Johari berucap sebelum melepaskan pasukan konvoi motorsikal Pemuda PAS caw.Pekan Malau, DUN Kupang ke Pantai Merdeka.

YB Prihatin Masalah Rakyat

Program    : Melawat Mangsa Kebakaran Dan Menziarahi Mangsa Kemalangan Maut.
Tarikh: 19 May 2012.
Masa: 11.00 Pagi.
Tempat: Kg.Sedim & Kg.Ulu Bakai, DUN Kupang.
Catatan        : YB meluangkan masa menziarahi sebuah rumah di Kg.Sedim yang mengalami kebakaran dibahagian dapur, YB juga menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa, Selesai lawatan tersebut YB terus bergegas ke Kg.Tok Wey Ulu Seputih untuk menziarahi seorang penduduk maut di tempat kerja iaitu di Felcra Ulu Seputih, YB bersama penduduk kampung mendaki bukit dengan menaiki pacuan empat roda kerana jenazah masih berada di tempat kejadian.

YB MELAWAT RUMAH TERBAKAR DI KG.SEDIM

YB Cikgu Johari bersama En.Jamsari Ahmad, MKK Kg.Sedim melawat rumah yang terbakar
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada mangsa.

YB MENZIARAHI MANGSA KEMALANGAN MAUT DI TEMPAT KERJA

YB Cikgu Johari bersama penduduk kampung menziarahi jenazah Allahyarham Johari Hassan di Felcra Ulu Seputih.
YB MENAIKKAN BENDERA GERGASI DI KG.ULU BAKAI
YB Cikgu Johari bersama ahli PAS caw.Kg.Ulu Bakai menaikkan bendera gergasi.

Isnin, 21 Mei 2012

Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung

Program    : Ramah Mesra Dan Sumbangan Bersama Penduduk.
Tarikh: 18 May 2012.
Masa: 9.30 Malam.
Tempat: Kg.Bok Bak, DUN Bayu.
Catatan        : Majlis ramah mesra diadakan bagi mendekatkan penduduk dengan pimpinan Pas, YB juga mengambil peluang menyampaikan tazkirah serta menerangkan kemajuan kerajaan Negeri Kedah kepada penduduk disamping itu juga YB turut menyerahkan sumbangan kepada penduduk.


YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada penerima.