Selasa, 31 Januari 2012

Sepetang Bersama Penduduk Kg.Sg.Tembak

Program    : Majlis Sepetang Bersama Penduduk Kg.Sg.Tembak.
Tarikh: 31 Januari 2012
Masa: 5.00 petang.
Tempat: Kg.Sg.Tembak, DUN Kupang.
Catatan        : Dalam siri lawatan YB ke Kampung-kampung, Petang tadi Kg.Sg.Tembak telah dipilih dalam program tersebut, Semasa lawatan YB telah menyerahkan sebuah basikal kepada seorang pelajar miskin untuk berulang alik ke sekolah, Melawat sebuah rumah yang sudah siap diganti atap melalui peruntukan pejabat YB dan menziarahi pesakit. Turut mengiringi YB dalam program tersebut ialah Hj.Saedin Khamis (MKK Kg.Sg.Tembak) serta Ajk MKK.

YB Cikgu Johari dibawa melawat kolam ternakan ikan air tawar yang diusahakan penduduk

Ziarah pesakit Strok

Menyerahkan basikal kepada pelajar miskin

Melawat rumah yang telah siap diganti atap

Melawat rumah penduduk miskin
Menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil diperhatikan Hj.Saedin (kanan)
Gambar-YB Cikgu Johari menziarahi jenazah di tanah perkuburan Kg.Tanjung Merbau Bt.42,DUN Kupang pagi tadi.

Isnin, 30 Januari 2012

Lawatan MB Kedah Ke KUIN Kuala Ketil

Program    : Mengiringi Lawatan MB Kedah Ke Tapak Pembinaan Kolej University INsaniah (KUIN).
Tarikh: 30 Januari 2012
Masa: 5.50 petang.
Tempat: KUIN Kuala Ketil.
Catatan        : Bagi mengetahui perkembangan pembinaan KUIN, YAB.MB Kedah sekali lagi turun bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan tersebut. Selesai melawat pembinaan KUIN, YAB.MB Kedah terus dibawa melawat kawasan pembinaan perumahan Taman lnsaniah yang terletak tidak jauh dari tapak KUIN. YB Cikgu Johari dijemput bagi mengiringi YAB.MB Kedah dalam lawatan tersebut.

YAB.MB Kedah diberi taklimat mengenai kemajuan pembinaan KUIN.
Antara banggunan yang hampir siap sepenuhnya.


Ahad, 29 Januari 2012

Ziarah Keluarga Mangsa Lemas


Program    : Ziarah Dan Sumbangan Kepada Keluarga Mangsa Lemas.
Tarikh: 29 Januari 2012
Masa: 5.30 petang.
Tempat: Kg.Sungai Darak,Kuala Ketil.
Catatan        : YB Cikgu Johari telah meluangkan masa menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa mati lemas, Mangsa Allahyarham Mohd Yusuf Mohamad berusia 24 tahun itu merupakan seorang pemuda yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di Yaman telah ditemui mati lemas dalam sungai berhampiran rumah mangsa, Dua orang ibu saudara mangsa merupakan bekas anak murid kepada YB sewaktu berkhidmat di SMA Yayasan Khairiah.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada ibu mangsa

membaca berita tentang kejadian yang turut dipaparkan dalam akhbar harian


Gambar-YB Cikgu Johari bersama penduduk Kg.Charok Gorok, Asam Jawa sedang menjamu selera semasa majlis Rehlah pada tengahari tadi.

Sabtu, 28 Januari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Maahad Tahfiz Misbahul Munir

Program    : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H.
Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 5.00 petang.
Tempat: Maahad Tahfiz Kg.Sungai Tembak B, DUN Kupang.
Catatan        : Selaku Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah, YB Cikgu Johari telah dijemput bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Program tahunan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar dan berdekatan yang sama-sama menjayakannya. Turut menyambut kehadiran YB adalah Ust. Hj. Muhamad Musa Al-Hafiz (Mudir), Ust. Mazidi Musa Al-Hafiz (Penolong Mudir) serta pelajar dan waris-waris pelajar.

YB Cikgu Johari sedang berucap

Selain menghafal Al-Quran pelajar ini juga diajar seni mempertahankan diri

Seorang pelajar menerima hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang

Dua buah basikal disediakan dalam acara Cabutan Bertuah

Rasmi Mesyuarat Agung Bekalan Air Masyarakat

Program    : Rasmi Mesyuarat Agung Bekalan Air Masyarakat Kg.Kuala Kuang, DUN Bayu.
Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 3.00 petang.
Tempat: Dewan Masjid Kg.Kuala Kuang.
Catatan        : Pihak pengurusan  Bekalan Air Masyarakat (BAM) Kg .Kuala Kuang sekali lagi telah menjemput YB untuk merasmikan mesyuarat agung kali ke 10 mereka.

Mesyuarat pada kali ini juga mencatat sejarah apabila lebih daripada 100 orang telah hadir dalam mesyuarat tersebut, Mesyuarat kali ini turut dihadiri En.Mohd Rodhi ( Pengerusi BAM Kuala Kuang ) serta 3 orang MKK dan 2 orang JKKP dari kampung-kampung yang terlibat dengan bekalan air masyarakat.

Bermula tahun 2008 kesemua 13 tempat pengguna bekalan air masyarakat di kawasan Baling telah dinaik taraf antaranya sistem takungan air, paip air dan kaedah bouring digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna sebelum ini.

YB Cikgu Johari sedang berucap sambil diperhatikan En.Kasim Awang, JKKP Kuala Kuang (dua kiri) dan Hj. Abd. Rahman Yaakob, MKK Kg. Bukit (tiga kanan).

Sebahagian penduduk khusyuk mendengar ucapan perasmian

Penyerahan Wang Kafalah DUN Bayu

Program    : Majlis Penyerahan Wang Kafalah Kedah Peringkat DUN Bayu.
Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 11.00 pagi.
Tempat: Perkarangan Stesyen Teksi, Pekan Baling.
Catatan        : Seramai 52 orang penerima Skim kafalah Kedah peringkat DUN Bayu telah hadir bagi menerima sumbangan tersebut, Antara waris yang hadir menerima sumbangan tersebut adalah dari Kg.Bendang Bechah, Kg.Charok Kangar, Kg.Dalam Wang, Kg.Padang Lengkuas, Kg.Bongor, Kg.Telok Sg.Durian, Kg.Bkt,Kuala Kuang serta seorang penerima kaum Thai dari Kg.Simpang Empat Baling dan beberapa Kampung lain, Majlis yang sederhana itu turut dihadiri Hj.Sanusi Md.Noor ( SETPOL MB Kedah), En.lsmadi Abd.Kadir ( Pegawai Tugas-tugas Khas MB Kedah ), Ust.Mad Juki Ahmad ( Penyelaras ADUN Angkat Bayu), Ust Hilmi Wahab ( Ketua Penerangan Pas Kawasan Baling), Cg.Abd.Kadir Rani ( Pengarah Pilihanraya Pas Baling) serta Ajk Pas Kawasan Baling.

Hj.Sanusi sedang menyampaikan ucapan

Antara waris penerima Skim Kafalah Kedah yang hadir

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada waris





Jumaat, 27 Januari 2012

Bersama Timbalan Presiden PAS

Program    : Majlis Perasmian Pejabat PKR Cabang Baling.
Tarikh: 26 Januari 2012
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pekan Kuala Ketil.
Catatan        :Sebelum menyampaikan ceramah umum malam tadi, Hj.Mad Sabu telah dijemput oleh PKR cabang Baling untuk memberi sedikit ucapan dalam majlis perasmian pejabat PKR cabang Baling dan jamuan tahun baru cina yang telah disempurnakan oleh Dato`Wan Salleh ( Pengerusi MPN Kedah), Majlis yang turut dihadiri Pimpinan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari pelbagai kaum khususnya penduduk disekitar pekan Kuala Ketil.

Hj Mohd Sabu sedang menyampaikan ucapan.

Bergambar kenangan bersama pimpinan Pakatan Rakyat

Sumbangan Pelajar IPTA Siri 2

Program    : Majlis Sumbangan Kepada Pelajar IPTA Kali Ke 2 Dan Lain Sumbangan.
Tarikh: 26 Januari 2012
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Perkarangan Pejabat ADUN Kupang ( SKWAT Baling ).
Catatan        : Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar IPTA bagi siri ke2 ini melibatkan DUN Kupang dan DUN Bayu, Seramai 88 orang pelajar peringkat ijazah dan 17 orang pelajar peringkat Diploma hadir bagi menerima sumbangan tersebut, Disamping itu juga seramai 8 orang waris kepada anak-anak yatim yang terlepas menerima sumbangan yang diadakan sebelum ini turut hadir bagi menerima sumbangan, Dalam majlis tersebut juga YB Cikgu Johari telah menyerahkan 1unit mesin rumput kepada seorang penerima yang sebelum ini pernah memohon kepada YB, Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Ust.Mad Juki Ahmad ( Penyelaras DUN Angkat Bayu), Ust.Hilmi Wahab ( Pengerusi SKWAT Baling), En.Rajendran (Pengerusi DHPP Baling) serta Ajk Pemuda dan Pas Kawasan Baling.

YB Cikgu Johari sedang berucap dalam majlis tersebut

Ust Mad Juki menyampaikan sumbangan kepada pelajar IPTA


YB Cikgu Johari bertanyakan sesuatu kepada seorang penerima sumbangan IPTA



YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada anak yatim

YB Cikgu Johari menyerahkan mesin rumput kepada En.Azhar


Khamis, 26 Januari 2012

Ziarah Kematian Kaum Tionghua

Program    : Ziarah Kematian Kaum Tionghua
Tarikh: 25 Januari 2012
Masa: 10.00 malam
Tempat: Pekan Baling.
Catatan        :Setelah selesai menghadiri majlis Daurah Tarbiah bersama Timbalan Ketua Dewan Ulama`Pas Kedah  di markaz Pas kawasan Baling, YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi kematian kaum Tionghua.Turut bersama beliau adalah En.Rajendran ( Pengerusi DHPP Baling), Ust.Abd.Rahim Abd.Rahman ( Ketua Penerangan MTD Bayu ) dan Cikgu Abd.Kadir Rani ( Pengarah Pilihanraya Pas Baling).

YB Cikgu Johari mengucap takziah kepada keluarga mendiang

Ahad, 22 Januari 2012

CERIA !!! Suasana Agihan Buah Limau Tahun Baru Cina

Program    : Agihan Limau Dan Kad Ucapan Tahun Baru Cina 
Tarikh: 22 Januari 2012 
Masa: 10.00 pagi 
Tempat: Pekan kupang 
Catatan        : Walaupun hampir setiap hari mereka dapat melihat kelibat YB di pekan tersebut namun kunjungan pada pagi ini merupakan satu kejutan buat mereka apabila YB bersama pimpinan Pas kawasan Baling turun kesemua rumah dan kedai sambil menghulurkan beg berisi buah limau,kalendar dan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina.

Program yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, Hampir semua penerima yang dikunjungi nyata tersenyum riang dengan kehadiran YB bersama rombongan  yang hanya berjalan kaki bagi mengunjungi mereka. Selain Ajk Pas kawasan turut hadir adalah En.Rajendran (Pengerusi DHPP Baling), En.Kam Teik Joo (Ketua Komuniti Cina Pekan Kupang).

  ``GONG XI FA CHAI``




















Arkib Blog