Rabu, 26 Disember 2012

ADUN KUPANG RAI PELAJAR CEMERLANG

Program    : Penyampaian Hadiah Kepada Pelajar Cemerlang Qariah Kg.Lanai 2012.
Tarikh: 25 Disember 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Masjid lntan Syafinaz, Kg.Lanai, DUN Kupang.
Catatan        : Pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang lepas didalam qariah Kg.Lanai telah menerima hadiah daripada pihak jawatankuasa masjid, Turut hadir dalam majlis ini ialah Ust Zulkifli Hj lsa, lmam Masjid Kg.Lanai, Hj Zakaria lsmail, MKK Kg.Sg.Tas serta jawatankuasa masjid dan waris pelajar cemerlang.

YB Cikgu Johari sedang berucap semasa majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang.

YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada seorang pelajar cemerlang sambil diperhatikan Ust Zulkifli Hj lsa, lmam Masjid Kg.Lanai ( Kiri ).


YB Cikgu Johari menyerahkan hadiah kepada seorang waris, Turut kelihatan Hj.Zakaria lsmail, MKK Kg.Sg.Tas (Kiri).

Sebahagian daripada pelajar cemerlang serta waris menghadiri majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang.

SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH KEPADA ANAK YATIM DAERAH BALING.

Program    : Sumbangan Pakaian Sekolah Kepada Anak-anak Yatim Daerah Baling.
Tarikh: 25 Disember 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Perkarangan Pejabat SKWAT Kupang.
Catatan        : Seramai lebih 600 orang anak yatim menerima sumbangan pakaian sekolah daripada YB Cikgu Johari Abdullah, Majlis ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pejabat SKWAT Kupang, Antara pimpinan yang hadir bagi meraikan anak-anak yatim ini ialah Ust Lutfi Ariffin ( Ketua Urusan Ulama`Pas Kawasan Baling), Ust Hilmi Wahab (Ketua Penerangan Pas Kawasan Baling), Ust Zulkifli Jusoh (Naib Ketua DPP Baling), Ust Mahmud Yaakob ( Tim.Pengarah MTD Bayu), Cikgu Abd Kader Rani ( S\U SKWAT Kupang) serta AJK Pas,Pemuda,Muslimat Pas Kawasan Baling.

SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH KEPADA ANAK YATIM DAERAH BALING

Sebahagian daripada anak-anak yatim dan waris memenuhi dewan terbuka pejabat SKWAT Kupang untuk menerima sumbangan pakaian sekolah.

YB Cikgu Johari sedang berucap dalam majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah kepada anak-anak yatim.

YB Cikgu Johari menyerahkan beg sekolah dan kupon kepada seorang anak yatim sambil dibantu Ust.Lutfi Ariffin ( Tiga Kiri ).


Ahad, 23 Disember 2012

ADUN KUPANG RASMI GOTONG-ROYONG

Program    : Majlis Gotong-Royong Perdana Rukun Tetangga.
Tarikh: 23 Disember 2012.
Masa: 9.00 Pagi.
Tempat: Pekan Malau, DUN Kupang.
Catatan        : YB meluangkan masa merasmikan majlis gotong-royong anjuran Rukun Tetangga Pekan Malau dengan kerjasama Majlis Daerah Baling, Majlis yang disertai ahli Rukun Tetangga itu turut mendapat kerjasama penduduk kampung dan sebahagian daripada Ahli Majlis Daerah Baling, Turut hadir dalam majlis ini ialah MKK Pekan Malau, Selesai majlis tersebut YB terus menghadiri jemputan majlis walimatulurus di DUN Kupang dan Bayu.

YB Cikgu Johari bersama ahli Majlis Daerah Baling serta ahli Rukun Tetangga Pekan Malau sebelum majlis perasmian.Turut kelihatan adalah Hj.Nawawi Ahmad ( Dua Kanan ) dan En.Chandru, ahli Majlis Daerah Baling ( Tiga Kanan ).

YB Cikgu Johari berucap merasmikan majlis gotong-royong di Pekan Malau.

YB Cikgu Johari bersama En.Amran, MKK Pekan Malau ( Kanan ) selepas majlis perasmian.





Setelah selesai menghadiri jemputan majlis walimatulurus, YB Cikgu Johari  sempat berucap semasa menjengah pemuda di Kg.Bukit Hijau yang mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan pemuda UPU Kg.Tanjung.

Jumaat, 21 Disember 2012

ADUN KUPANG RAI PESERTA ARC NEGERI KEDAH

Program    : Majlis Makan Malam Kelab Motorsikal Negeri Kedah & Pelancaran Alternative  Ridding Club (ARC) Sg.Petani.
Tarikh: 20 Disember 2012.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sg.Petani.
Catatan        : YB Cikgu Johari dijemput menggantikan YB Dato`Dr.Hamdan Mohd Khalid, EXCO Sukan Negeri Kedah bagi meraikan peserta kelab motorsikal negeri Kedah yang menjayakan konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini serta melancarkan penubuhan ARC peringkat kawasan Sg.Petani,Majlis makan malam ini juga turut dihadiri ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi negeri Kedah,Ajk ARC negeri Kedah serta pimpinan DPP Negeri Kedah dan PAS Kawasan Sg.Petani.

SEKITAR MAJLIS PENUBUHAN ARC SUNGAI PETANI.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan penubuhan ARC Kawasan Sg.Petani.

YB Cikgu Johari menyempurnakan majlis perasmian sambil diperhatikan YB Cikgu Abdullah Jusoh, ADUN Pantai Merdeka ( Dua Kanan ).

Turut kelihatan semasa majlis perasmian ini ialah Dari Kiri, Ust.Rosli Azmi, Pegawai Khas Belia YAB.MB Kedah, YB Cikgu Johari Abdullah, Ust.Yusof Awang, YB Cikgu Abdullah Jusoh dan Sdr.Amran Zulkifli, Pengerusi ARC Kedah.

YB Cikgu Johari meyampaikan hadiah kepada seorang ahli ARC sambil dibantu Ust.Yusof Awang ( Kanan ).

Ust.Yusof Awang menyerahkan T Shirt ARC Sg.Petani kepada YB Cikgu Johari.
Sebahagian daripada ahli kelab motorsikal negeri Kedah yang menghadiri majlis makan malam

GAMBAR KENANGAN- Bersama ahli kelab motorsikal negeri Kedah dan ARC Sg.Petani.


Sabtu, 15 Disember 2012

ADUN KUPANG CAKNA PEMUDA

Program    : Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Sepak Takraw.
Tarikh: 2 Disember 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Gelanggang Sepak Takraw, Kg.Bendang Bechah, DUN Bayu.
Catatan        : Sebanyak 8 pasukan telah menyertai pertandingan sepak takraw anjuran pemuda Kg.Bendang Bechah, Pertandingan yang turut mendapat kerjasama daripada pejabat ADUN Kupang ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan Silaturrahim pemuda khususnya di kampung tersebut, Pertandingan ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada MKK Kg.Bendang Bechah dan jawatankuasa MKK serta penduduk setempat.

PETANDINGAN SEPAK TAKRAW PEMUDA BENDANG BECHAH
Cikgu Badri Abd Rahman, S/U MKK Kg.Bendang Bechah ( Kiri ) berucap mempengerusikan majlis penyampaian hadiah pertandingan sepak takraw sambil diperhatikan Ust.Zulkifli Jusoh, Naib Ketua DPPB ( Kanan ).

YB Cikgu Johari turut berucap dalam majlis penyampaian hadiah pertandingan sepak takraw sambil diperhatikan En.lsmail Abd Rahman, MKK Kg.Bendang Bechah ( Kiri ).

YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil dibantu Ust Zulkifli Jusoh.


YB Cikgu Johari bergambar kenangan bersama pemenang pertandingan sepak takraw.

Jumaat, 14 Disember 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN WANG ZAKAT

Program    : Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Zakat.
Tarikh: 9 Disember 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Surau Kg.Charok Kangar, DUN Bayu.
Catatan        : Seramai 40 orang telah menerima sumbangan wang zakat yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan, Wang zakat tersebut diserahkan kepada pihak pengurusan surau tersebut dan YB telah dijemput untuk meyerahkannya kepada penerima-penerima yang telah dipilih oloeh pihak surau. Turut hadir semasa majlis penyerahan ini ialah pengerusi serta jawatankuasa surau serta penduduk kampung.

Pengerusi surau sedang menyampaikan ucapan sebelum majlis penyerahan wang zakat.

YB Cikgu Johari turut diberi ruang untuk berucap kepada penerima serta penduduk kampung.

YB Cikgu Johari menyerahkan wang zakat kepada seorang penerima.


YB Cikgu Johari mengunjungi serta menyerahkan wang zakat kepada seorang penerima yang uzur.

PERASMIAN PENUTUP HALAQAH HUFFAZ

Program    : Perasmian Penutup Majlis Halaqah Huffaz 2012.
Tarikh: 14 Disember 2012.
Masa: 10.30 Pagi.
Tempat: Maahad Tahfiz Al-Quran, Kg.Sg.Tembak, Baling.
Catatan        : YB diberi penghormatan untuk merasmikan majlis penutup Halaqah Huffaz yang diadakan setiap tahun di Maahad Tahfiz ini, Majlis yang berlangsung selama dua hari berturut2 ini turut mendapat sambutan daripada penduduk setempat, Majlis ini juga turut dihadiri tenaga pengajar,waris serta ahli lembaga tadbir sekolah berkenaan.

PERASMIAN PENUTUP HALAQAH HUFFAZ
Para pelajar bersalaman YB Cikgu Johari semasa menghadiri majlis Halaqah Huffaz.

Seorang peserta Halaqah Huffaz sedang memperdengarkan bacaan Al-Quran

YB Cikgu Johari berucap semasa majlis perasmian penutup Halaqah Huffaz.

Ust.Fakhrulrazi ( Kiri ) mewakili lembaga tadbir sekolah menyerahkan cenderahati kenangan kepada YB Cikgu Johari selepas majlis perasmian penutup.

Kumpulan nasyid Yayasan Al-Huffaz yang baru ditubuhkan sedang menyampaikan lagu-lagu nasyid mereka.


Rabu, 12 Disember 2012

ADUN KUPANG TURUN PADANG TEMUI RAKYAT

Program    : Turun Padang Temui Rakyat.
Tarikh: 11 Disember 2012.
Masa: 3.00 Petang - 9.00 Malam.
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Tidak sibuk dengan jadual menghadiri majlis walimatul urus pada musim cuti persekolahan, YB Cikgu Johari meluangkan masa menzirahi serta menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah kampung yang terlibat dengan banjir yang berlaku baru-baru ini serta melawat tempat-tempat yang dipohon oleh MKK di DUN Kupang dan Bayu.

SUMBANGAN BANJIR DI KG.MENGKUANG MASJID
3.00 Petang- YB Cikgu Johari sedang berucap kepada mangsa-mangsa banjir sebelum menyerahkan sumbangan.

YB Cikgu Johari menyapaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir.Majlis yang diadakan diperkarangan rumah Yusop ini dihadiri semua keluarga yang terlibat dengan banjir yang berlaku baru-baru ini.


En.Majid Hj.Shaari, MKK Kg.Mengkuang Masjid ( Kanan ) banyak membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini.



BERSAMA PENDUDUK KG.SERA BAWAH
5.00 Petang - YB Cikgu Johari meyerahkan kerusi roda dan lampin pakai buang kepada seorang penerima, Turut kelihatan En.Nisabuddin Hassan, MKK Kg.Sera Bawah ( Dua Kanan ) sewaktu mengunjungi keluarga tersebut pada petang kelmarin.

YB Cikgu Johari bersama penduduk melawat kolam takungan air BAM yang siap dibina di Kg.Sera Bawah.

lnilah keadaan takungan air BAM yang masih digunakan penduduk sejak sekian lama sebelum diganti.

YB Cikgu Johari mendengar taklimat berkenaan pembinaan kolam takungan air BAM dari penduduk, Mereka amat gembira kerana Kerajaan Negeri Kedah membantu mereka membina kolam takungan air BAM yang baru.

8.00 Malam- YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Pas di Kg.Bukit Hijau, DUN Kupang
SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KG.LELA, DUN KUPANG
YB Cikgu Johari melahirkan rasa simpati kepada penduduk dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, Turut hadir semasa penyerahan sumbangan ini ialah En.Zulkifli Add.Hazi, MKK Kg.Lela Kuala Pegang ( Kanan ).

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang mangsa banjir, Seramai 29 keluarga di Kg.Lela, Kuala pegang terlibat dengan banjir yang berlaku baru-baru ini.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir, Majlis yang diadakan di perkarangan Surau Kg.Lela ini dihadiri semua mangsa-mangsa banjir.