Selasa, 29 Januari 2013

NAIB PRESIDEN PAS RASMI PENUBUHAN CAWANGAN PAS KE 163 KAWASAN BALING

Program    : Penubuhan Cawangan Baru PAS Yang Ke 163 & Penyerahan Borang Permohonan Ahli PAS.
Tarikh: 28 Januari 2013.
Masa: 4.00 Petang.
Tempat: Kg.Padang Cina, DUN Kupang.
Catatan        : YB Dato`Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS Malaysia telah merasmikan penubuhan cawangan baru PAS bagi kawasan Baling yang ke 163 serta menerima 38 borang permohonan menyertai PAS di Kg.Padang Cina, Penyerahan borang menyertai PAS itu diwakili En.Ahmad lsmail ( MKK Kg.Padang Cina) yang juga selaku ketua penaja PAS cawangan tersebut, Kampung Padang Cina yang merupakan kubu kuat UMNO di DUN Kupang, Turut hadir meraikan detik bersejarah ini ialah Tuan Guru Hj Abd Wahab Hassan ( YDP PAS Kawasan Baling ), YB Cikgu Johari Abdullah ( TYDP PAS Kawasan Baling ), Ust Lutfi Ariffin ( Ketua Urusan Ulama`PAS Kawasan Baling ), YB Cikgu Hj Mad Zuki Yusof ( AJK PAS Kawasan Baling ) serta pimpinan PAS, Pemuda dan Muslimat kawasan Baling.

PENUBUHAN CAWANGAN PAS YANG KE 163 KAWASAN BALING

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir dimajlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS Kg.Padang Cina.

En.Ahmad lsmail berucap semasa perasmian cawangan baru PAS Kg.Padang Cina.

En.Ahmad lsmail menyerahkan borang permohonan ahli PAS kepada YB Dato`Hj Mahfuz Omar.

YB Dato`Hj Mahfuz Omar berucap merasmikan penubuhan cawangan PAS yang ke 163 kawasan Baling.

YB Dato`Hj Mahfuz Omar menyampaikan cenderahati kepada wakil sebuah keluarga yang menyertai PAS seramai 10 orang sambil diperhatikan YB Cikgu Johari Abdullah ( Kanan ).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan