Rabu, 29 Februari 2012

Ramah Mesra Bersama Penduduk

Program    : Ramah Mesra Bersama Penduduk di DUN Kupang.
Tarikh: 28 Februari 2012.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Kg.Charok Gorok, DUN Kupang.
Catatan        : Setelah selesai menghadiri majlis angkat sumpah EXCO Kedah di lstana Anak Bukit pada sebelah pagi, YB meneruskan aktiviti ziarah, Dalam siri jelajah ke kampung-kampung, Malam tadi YB hadir memberikan taklimat kemajuan kerajaan negeri kedah dan seterusnya menyerahkan wang Skim Kafalah Kedah serta sumbangan yang lain kepada penduduk di kampung tersebut.Turut hadir dalam majlis ini ialah Ust.Ashri Abd Rahman, Setiausaha DPP Baling, En.Syukri Hasyim, MKK Kg.Charok Gorok dan MKK kampung-kampung berdekatan.


YB Cikgu Johari menerangkan kemajuan kerajaan negeri.

YB Cikgu Johari menyerahkan wang kafalah kepada waris.


Selasa, 28 Februari 2012

Ziarah Masyarakat lndia DUN Kupang

Program    : Ziarah Dan Sumbangan Masyarakat lndia Dalam DUN Kupang.
Tarikh: 27 Februari 2012.
Masa: 5.00 petang.
Tempat: Kg.Baru, Batu 7 Dan Ladang ketumba.
Catatan        : Terdapat 8 keluarga india yang tinggal dikampung ini menerima kunjungan YB bersama En.Rajendran, Pengerusi DHPP Baling, Dalam pertemuan tersebut En.Rajendran telah memberikan sedikit ucapan bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri khususnya yang berkaitan dengan kaum india, Sebagai tanda ingatan kepada mereka YB telah menyampaikan sumbangan kepada semua keluarga.


KG.BARU, BATU 7 TAWAR

YB Cikgu Johari bersama En.Rajendran, Pengerusi DHPP Baling ( Kanan ) menyerahkan sumbangan kepada 8 keluarga india di Kg.Baru, Batu 7.Tawar.







LADANG KETUMBA
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan semasa melawat beberapa buah rumah di Ladang Ketumba.



Isnin, 27 Februari 2012

EXCO Kedah Rasmi Cawangan Baru Pas Baling Yang Ke 156

Program    : Majlis Perasmian Penubuhan Cawangan Baru Pas.
Tarikh: 26 Februari 2012.
Masa: 5.30 Petang.
Tempat: Kg.Seniyek, DUN Bayu.
Catatan        : Dato`lr.Amiruddin Hamzah, Bendahari Pas Kedah merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah telah merasmikan penubuhan cawangan baru Pas Kg.Seniyek dalam DUN Bayu yang merupakan cawangan yang ke 156 cawangan yang terdapat di kawasan Baling, Seramai hampir 50 orang telah menyerahkan borang keahlian Pas semasa majlis perasmian tersebut, Kg.seniyek yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO didalam DUN Bayu.

YB Dato`Amiruddin bersama pimpinan Pas kawasan baling dalam majlis perasmian cawangan baru Pas.

YB Dato`Amiruddin berucap merasmikan penubuhan cawangan baru Pas.


YB Cikgu Johari mengambil kesempatan menyerahkan sumbangan kepada penduduk dalam majlis tersebut.

Ahad, 26 Februari 2012

YB Penuhi Jemputan Rakyat

Program    : Pelbagai jemputan yang diterima YB dipenuhi.
Tarikh: 25 Februari 2012.
Masa
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Pelbagai jemputan yang diterima YB pada hari ini dapat dipenuhi, Program yang bermula daripada jam 8.00 pagi untuk melepaskan peserta kayuhan basikal anjuran sebuah NGO daerah Baling yang akan menjelajah ke Thailand, Selesai menziarahi 3 jenazah, Pada jam 11.30 pagi YB memenuhi jemputan perasmian penutup perkhemahan pengakap daerah Baling yang diadakan di SMK Jerai, Kupang. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ini turut disertai pelajar daripada 9 buah SMK dan 16 SK di daerah Baling. Pada jam 12.00 tengahari YB terus ke program majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Hari Keluarga Amanah Ikhtiar ( AIM ) Malaysia Zon Parit Panjang yang disertai hampir 20 cawangan, Majlis yang meriah ini dihadiri hampir 600 orang sahabat AIM serta keluarga dan penyelia di daerah Baling..

KAYUHAN AMAL NGO DAERAH BALING




PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH BALING






PERASMIAN PENUTUP HARI KELUARGA AIM


Rasmi Perjumpaan Badan Kebajikan

Program    : Perjumpaan Tahunan Badan Kebajikan Pas Kupang Barat.
Tarikh: 24 Februari 2012
Masa: 3.30 Petang.
Tempat: Markaz Pas Kg.Bukit Hitam, Kuala Pegang.
Catatan        : Majlis Perjumpaan Tahunan Badan Kebajikan Pas Kupang Barat yang dihadiri hampir seluruh ketua Pas cawangan dalam zon Kupang Barat diadakan bagi membincangkan perjalanan badan itu bagi tahun 2011.

YB Cikgu Johari berucapkan merasmikan Perjumpaan Tahunan.

SIMPATI.. YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada En.Ayob Hussin, MKK Kg.Tembak, DUN Kuala Ketil yang sakit akibat barah muka.




YB Rai Pemuda Kg.Bendang Bechah

Program    : Majlis Penyerahan Baju
Tarikh: 23 Februari 2012
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Markaz Pas Kg.Bendang Bechah, DUN Bayu.
Catatan        : Bagi menghargai jasa dan pegorbanan pemuda di Kampung Bendang Bechah, YB telah menyerahkan lebih 60 helai t-shirt kepada pemuda kampung tersebut untuk digunakan dalam kerja parti dan masyarakat, Sumbangan diberi diatas permohonan yang dibuat oleh ketua pemuda Pas cawangan tersebut.

En.Yahaya Hamid, Ketua Pas cawangan sedang berucap

YB Cikgu Johari sedang menyampaikan kata-kata semangat kepada pemuda

YB Cikgu Johari menyerahkan baju kepada ketua pemuda sambil diperhatikan Cikgu Badri Abd Rahman, Ajk Pas Kawasan Baling ( Kanan ).

Bergambar bersama pemuda yang menerima baju

Jumaat, 24 Februari 2012

YB Terus Mendekati Rakyat

Program    : Perasmian Mesyuarat Agung Pas Cawangan, Ziarah Dan Lain-lain.
Tarikh: 21-22 Februari 2012.
Masa
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Pelbagai program diatur bagi terus mendekatkan YB dengan rakyat serta lawatan ke tempat-tempat yang ditimpa bencana, Seperti kebiasaan pada waktu petang YB akan meneruskan aktiviti ziarah dan sumbangan kepada rakyat yang sakit, Pada sebelah malam YB akan memenuhi jadual perasmian mesyuarat agung Pas cawangan dalam kawasan Baling.

21 FEBRUARI 2012
21/2/12- 10.00 pagi-- YB Cikgu Johari bersama Ust Ashri Abd Rahman, Setiausaha DPP Baling ( Kanan ) melihat kesan tanah runtuh berhampiran rumah penduduk di Kg.Jernang, DUN Kupang.
12.00 tghari-- Ust Ashri Abd Rahman, Setiausaha DPP Baling menyerahkan sumbangan kepada seorang pemuda yang sakit di Kg.Bukit Hitam, Kuala Pegang, DUN Kupang sambil diperhatikan YB Cikgu Johari.
5.30 petang-- YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini di Kg.Baru, Kg.Lalang, DUN Bayu.
10.00 Malam -- YB Cikgu Johari menerima cenderahati daripada Ketua Pas Cawangan Kg.Rambong, Pulai, DUN Bayu selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pas cawangan tersebut.

22 FEBRUARI 2012
YB Cikgu Johari hadir ke majlis penyampaian hadiah perlawanan bolasepak anjuran MKK Kg.Charok Salang, DUN Kupang

Isnin, 20 Februari 2012

Melawat mangsa Banjir

Program    : Melawat Dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir.
Tarikh: 20 Februari 2012.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Kg.Malau Dan Kg.Seputih, DUN Kupang.
Catatan        : Lebih 30 buah rumah di Kg.Malau dan Kg.Seputih telah dimasuki air akibat hujan lebat yang berlaku pada malam tadi, Penduduk yang terlibat mendakwa mereka mula menyedari air memasuki rumah mereka sekitar jam 1.00 pagi tadi, Semasa lawatan tadi mangsa yang terlibat telah mula membersihkan rumah mereka, Bagi meringankan beban mereka, YB telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada mangsa yang terlibat.

GAMBAR SEKITAR LAWATAN YB KE RUMAH MANGSA BANJIR








Ziarah Dan Sumbangan Di DUN Bayu.

Program    : Ziarah Dan Sumbangan Bersama Dewan Muslimat Pas Kawasan Baling.
Tarikh: 19 Februari 2012
Masa: 5.30 Petang.
Tempat: Kg.Surau, DUN Bayu.
Catatan        : YB bersama Dewan Muslimat Pas Kawasan Baling telah memilih kampung tersebut bagi aktiviti ziarah dan sumbangan, Seramai 10 orang warga emas dan pesakit terlantar dikunjungi, Aktiviti yang meriah ini turut disertai penduduk kampung yang berkonvoi motorsikal menjelajah pelusuk kampung, Turut hadir pada aktiviti ziarah ini ialah Ustz Che Tah Bakar (Ketua DMP Baling) serta Ajk, Ust Mad Juki Ahmad (Pengarah MTD Bayu), Ust Ashri Abd Rahman ( Setiausaha DPP Baling) serta Ajk DPP Baling, En.Yaakob Ahmad (MKK Kg.Surau).


GAMBAR AKTIVITI ZIARAH DI DUN BAYU




Arkib Blog