Khamis, 17 Januari 2013

EXCO KEBAJIKAN MELAWAT MANGSA KEBAKARAN

Program    : Lawatan Dan Sumbangan YB.EXCO Kebajikan Kepada Mangsa Kebakaran.
Tarikh: 14 Januari 2013.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Pekan Kuala Pegang.
Catatan        : YB Dato`Ustazah Hjh.Siti Ashah Binti Ghazali, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah meluangkan masa menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini, Beliau juga dibawa melawat sekitar kawasan kejadian serta sempat beramah mesra bersama penduduk sekitar, Turut mengiringi semasa lawatan ini ialah YB Cikgu Johari Abdullah ( ADUN Kupang ), Ust Hassan Saad ( S/U PAS Kawasan Baling ), Jawatankuasa PAS & Muslimat Kawasan Baling, En.Cheah Yew Hock ( MKK Komuniti Cina Pekan Kuala Pegang ), En.Zulkifli Mat Yatim ( MKK Kuala Pegang ), Hj Basri Man ( MKK Kg.Bkt.Hitam).

YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali melawat sebuah kedai basikal yang terlibat dengan kebakaran.

YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali dan YB Cikgu Johari tekun mendengar sesuatu yang diperkatakan mangsa kebakaran.


YB Cikgu Johari berucap dalam majlis ringkas sebelum penyerahan wang sumbangan kepada mangsa kebakaran.



YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa kebakaran.

YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa kebakaran.


YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa kebakaran sambil diperhatikan YB Cikgu Johari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan