Ahad, 31 Mac 2013

MALAM SELEBRITI BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Program    : Malam Selebriti Bersama Pakatan Rakyat.
Tarikh: 12 Mac 2013.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Padang Awam KEDA, Pekan Kupang.
Catatan        : Hampir 10,000 orang membanjiri padang awam Kupang untuk menyaksikan penampilan pertama Selebriti 90`an Dayangku lntan khususnya di daerah Baling, Beliau yang menyertai PKR pada penghujung tahun 2012 itu sempat menceritakan pengalaman beliau sewaktu menjadi artis dan akhirnya mengambil keputusan menyertai parti politik bersama Pakatan Rakyat menerusi PKR, Beliau turut menarik perhatian para pendengar dengan mengulas isu-isu politik terkini tanahair serta mendendangkan lagu beliau yang popular sekitar tahun 90`an.Turut berceramah bersama beliau pada malam tersebut ialah Dato`Tamrin Tun Ghafar yang juga turut menyertai PAS bagi membantu Pakatan Rakyat.

MALAM SELERITI BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Antara Pimpinan PAS Kawasan Baling yang turut menghadiri Malam Selebriti Bersama Pakatan Rakyat.

Dato`Tamrin sempat meluangkan masa minum bersama pimpinan PAS di sebuah gerai bersebelahan tempat ceramah.

Dayangku lntan bersama pimpinan Muslimat PAS Kawasan Baling di pentas ceramah.
Dayangku lntan menyampaikan ceramah beliau yang pertama di daerah Baling dengan sambutan yang menggalakkan.

Dato`Tamrin turut mengupas isu-isu semasa yang menarik perhatian pendengar.

YB Cikgu Johari berucap mewakili PAS Kawasan Baling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan