Ahad, 31 Mac 2013

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANDOP & KG.DUSUN GHANI

Program    : Sepetang Bersama Penduduk Kg.Tandop & Kg.Dusun Ghani, DUN Bayu.
Tarikh: 13 Mac 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Tandop & Kg.Dusun Ghani, DUN Bayu.
Catatan        :YB Cikgu Johari bersama Ust Musoddak Hj Ahmad ( Pegawai Khas ( Penerangan ) kepada YAB MB Kedah ), Ust Rosli Azmi ( Pegawai Khas ( Belia ) kepada YAB MB Kedah ), Ust Md Juki Ahmad ( Pengarah MTD Bayu ) serta Jawatankuasa MTD Bayu meluangkan masa menziarahi beberapa orang penduduk kampung yang uzur dan menyerahkan kerusi roda kepada 3 orang pesakit terlantar di kampung tersebut, Pada sebelah malamnya pula satu siri ceramah penerangan telah diadakan di Markaz PAS Kg.Tandop yang dihadiri Hj Sanusi Md Noor ( Ketua Penerangan PAS Kedah ) dan Pimpinan MTD Bayu.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANDOP & KG.DUSUN GHANI

YB Cikgu Johari bersama Ust Musoddak dan Ust Rosli menyerahkan kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur di Kg.Tandop.

Ust Musoddak membantu seorang warga emas menggunakan kerusi roda.

Pelbagai golongan penduduk yang sempat diziarahi semasa program ini.

YB Cikgu Johari bersama rombongan menziarahi seorang pesakit terlantar di Kg.Tandop.

Ust Md Juki Ahmad ( Kiri ) menyerahkan sumbangan kepada seorang waris semasa mengunjungi kediaman mereka.


Hj Sanusi Md Noor berucap semasa ceramah penerangan di Markaz PAS Kg.Tandop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan