Ahad, 31 Mac 2013

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN RENANG AMATUR KEDAH 2013

Program    : Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Renand Amatur Kedah 2013.
Tarikh: 15 Mac 2013.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Dewan Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.
Catatan        : YB Cikgu Johari berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan tersebut serta menyampaikan anugerahkan khas kepada peserta persatuan itu yang menyertai SUKMA yang diadakan di negeri Pahang pada temasya yang lalu, Beliau yang mewakili YB Dato`Dr.Hj Hamdan Mohd Khalib juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan daripada pihak kerajaan negeri Kedah kepada persatuan itu.Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Hj Fakaruddin Abdullah ( Presiden Persatuan Renang Amatur Kedah ), En.Azemi Abdun ( Penolong Pegawai Sukan MSNK ) dan wakil daripada pejabat belia Alor Setar.

PERSATUAN RENANG AMATUR KEDAH 2013

YB Cikgu Johari bersama Hj Fakaruddin Abdullah ( Dua Kiri ), En.Azemi Abdun ( Kiri ) dan wakli pejabat Belia Alor Setar ( Kanan ) semasa majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Renang Amatur Kedah 2013.

Sebahagian daripada ahli Persatuan Renang Amatur Kedah yang menghadiri mesyaurat agung sessi 2013.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan Mesyuarat Agung Renang Amatur Kedah 2013.
YB Cikgu Johari menyampaikan saguhati kepada peserta renang yang cemerlang pada temasya SUKMA di Pahang.



Hj Fakaruddin Abdullah menyampaikan cederahati kepada wakil pejabat belia Alor Setar.

Hj Fakaruddin Abdullah menyampaikan cederahati kepada YB Cikgu Johari selepas majlis perasmian mesyuarat agung persatuan itu.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANDOP & KG.DUSUN GHANI

Program    : Sepetang Bersama Penduduk Kg.Tandop & Kg.Dusun Ghani, DUN Bayu.
Tarikh: 13 Mac 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Tandop & Kg.Dusun Ghani, DUN Bayu.
Catatan        :YB Cikgu Johari bersama Ust Musoddak Hj Ahmad ( Pegawai Khas ( Penerangan ) kepada YAB MB Kedah ), Ust Rosli Azmi ( Pegawai Khas ( Belia ) kepada YAB MB Kedah ), Ust Md Juki Ahmad ( Pengarah MTD Bayu ) serta Jawatankuasa MTD Bayu meluangkan masa menziarahi beberapa orang penduduk kampung yang uzur dan menyerahkan kerusi roda kepada 3 orang pesakit terlantar di kampung tersebut, Pada sebelah malamnya pula satu siri ceramah penerangan telah diadakan di Markaz PAS Kg.Tandop yang dihadiri Hj Sanusi Md Noor ( Ketua Penerangan PAS Kedah ) dan Pimpinan MTD Bayu.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANDOP & KG.DUSUN GHANI

YB Cikgu Johari bersama Ust Musoddak dan Ust Rosli menyerahkan kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur di Kg.Tandop.

Ust Musoddak membantu seorang warga emas menggunakan kerusi roda.

Pelbagai golongan penduduk yang sempat diziarahi semasa program ini.

YB Cikgu Johari bersama rombongan menziarahi seorang pesakit terlantar di Kg.Tandop.

Ust Md Juki Ahmad ( Kiri ) menyerahkan sumbangan kepada seorang waris semasa mengunjungi kediaman mereka.


Hj Sanusi Md Noor berucap semasa ceramah penerangan di Markaz PAS Kg.Tandop.