Selasa, 26 Februari 2013

ADUN KUPANG RAI PESERTA KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH

Program    : Kayuhan Sejahtera Kedah, Baling 2013.
Tarikh: 23 Februari 2013.
Masa: 9.00 Pagi.
Tempat: Perkarangan Pejabat SKWAT, Kupang.
Catatan        : Lebih 150 peserta dari daerah Baling, Kulim, Sg.Petani, Taiping, Bagan Serai dan Thailand menyertai Kayuhan Sejahtera Kedah, Baling 2013 yang dianjurkan pejabat SKWAT Kupang dengan kerjasama Kelab Berbasikal Bayu Baling, Pesreta berkumpul seawal 7.30 pagi diperkarangan pejabat SKWAT Kupang bagi mengikuti taklimat serta majlis pelepasan peserta yang dilakukan oleh YB Cikgu Johari Abdullah dan kayuhan tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari, Pihak penganjur juga turut menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah, Turut hadir pada majlis ini ialah Ust.Rosli Azmi, Pegawai Khas Belia YAB MB Kedah, Ust.Md.Juki Ahmad, Naib YDP PAS Baling, Ust Hassan Saad, S/U PAS Baling, Ust.Hilmi Wahab, Ketua Penerangan PAS Baling, Ust.Mahmud Yaakob, Ajk PAS Baling, Cikgu Abd.Kader Rani, S/U SKWAT Kupang serta ahli Kelab Berbasikal Bayu Baling.

KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH BALING 2013

YB Cikgu Johari berucap merasmikan Kayuhan Sejahtera Kedah Baling 2013.

Pimpinan PAS Baling turut hadir memberikan sokongan pada penganjuran ini

Sebahagian daripada peserta dan keluarga hadir semasa majlis perasmian.
Ust Hassan Saad menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima.

Ust Hilmi Wahab turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima sambil dibantu Ust Mahmud Yaakob ( Dua Kanan ).

Ust Md Juki Ahmad turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima

Ust Rosli Azmi turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima

YB Cikgu Johari turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima




YB Cikgu Johari bersama jawatankuasa penganjur sedang menanti pengumuman nama pemenang Kayuhan Sejahtera Kedah Baling 2013.

YB Cikgu Johari bergambar kenangan bersama peserta 
Kayuhan Sejahtera Kedah Baling 2013.

Ahad, 24 Februari 2013

YB PENUHI JADUAL YANG PADAT

Program    : Pelbagai majlis yang dianjurkan dan sempat dihadiri.
Tarikh: 22 Februari 2013.
Masa
Tempat
Catatan        : YB Cikgu Johari menunaikan Solat jumaat bersama YTM Tunku Temenggong Kedah di Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling, Setelah selesai majlis tersebut YB terus bergegas ke dewan SMADI Pekan Kupang untuk merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Penoreh Getah daerah ( PENOREH ), Seperti rutin harian YB selepas solat asar beliau akan menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Pada kali ini YB menziarahi penduduk di Kg.Bkt.Hijau, DUN Kupang.

SOLAT JUMAAT BERSAMA YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH    

YB Cikgu Johari, YB Cikgu Hj Md Zuki Yusof ( Kiri ) dan YTM Tunku Temenggong menikmati jamuan tengahari di perkarangan masjid setelah selesai solat jumaat di Masjid Ridzwaniah Pekan Baling.

Para jemaah menyambut kepulangan YTM Tunku Temenggong Kedah setelah selesai majlis.
PERASMIAN PERSATUAN PENOREH GETAH DAERAH BALING

Peserta sedang sibuk dimeja pendaftaran.

Sebahagian daripada ahli persatuan PENOREH yang hadir dalam mesyarat agong kali pertama.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan mesyuarat persatuan PENOREH yang hadir dalam mesyarat agong kali pertama.

YB Cikgu Johari menerima cenderahati daripada pemangku pengerusi PENOREH.

ZIARAH DAN SUMBANGAN DI KG.BUKIT HIJAU

YB Cikgu Johari mengunjungi dari rumah ke rumah untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Terpaksa berjalan kaki untuk menziarahi rakyat.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang warga emas sambil dibantu Hj.Nawawi Ahmad, Ahli Majlis Daerah Baling ( Kiri ).

Terpaksa meniti pada batang kayu yang merentangi sebatang sungai demi untuk menjenguk nasib rakyat.

Bukit sama didaki !!!



Rabu, 20 Februari 2013

ADUN KUPANG SAMPAIKAN BANTUAN BULANAN

Program    : Penyerahan Bantuan Bulanan Anjuran MKK Kg.Lanai & Wang Kafalah Kedah.
Tarikh: 9 Februari 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Markaz PAS Kg.Lanai, DUN Kupang.
Catatan        : Lebih 50 orang penduduk di kampung Lanai dari pelbagai golongan telah menerima sumbangan bulanan daripada En.Hassan Mohd Rawther, MKK Kg.Lanai, YB Cikgu Johari meluangkan masa menyerahkan sumbangan tersebut serta menyampaikan wang Kafalah Kedah kepada 4 orang waris pada majlis ini, YB Cikgu Johari juga turut menziarahi 4 orang yang sakit terlantar di rumah mereka, Turut hadir dalam majlis ini ialah En.Hassan Mohd Rawther, MKK Kg.Lanai, Hj Zakaria lsmail, MKK Kg.Sg.Tas serta Jawatankuasa PAS UPU Lanai.

PENYAMPAIAN BANTUAN BULANAN & WANG KAFALAH KEDAH

YB Cikgu Johari berucap semasa majlis penyampaian bantuan bulanan, Turut kelihahatan En.Hassan Mohd Rawther, MKK Kg.Lanai ( Kanan )

YB Cikgu Johari meyampaikan sumbangan kepada seorang penerima bantuan bulanan.

Pelbagai golongan menerima bantuan bulanan daripada MKK Kg.Lanai

YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik
YB Cikgu Johari menyampaikan tazkirah sempena sambutan Maulidur Rasul kepada penduduk di Markaz PAS Kg.Bendang Bechah, DUN Bayu.

Selasa, 19 Februari 2013

REHLAH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

Program    : Rehlah Bersama Penduduk Kampung.
Tarikh: 6 Februari 2013.
Masa: 12.00 Tengahari.
Tempat: Dataran Sungai Kg.Guar Reban, DUN Kupang.
Catatan        : YB Cikgu Johari meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk kampung yang mengadakan program rehlah, Program yang dianjurkan oleh MKK Kg.Guar Reban ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung belbagai golongan, Penduduk bergotong-royong menyediakan makanan tengahari dengan ikan sungai dan belbagai jenis ulam yang dicari disekitar sungai tempat rehlah. Program ini turut dihadiri Hj Md Daud lsmail, MKK Guar Reban dan En.Mohd Saberi lshak, MKK Kg.Tebing Tinggi.

REHLAH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG GUAR REBAN 

Penduduk bergotong-royong memasak nasi dalam buluh menggunakan cara lama.

YB Cikgu Johari beramah mesra bersama penduduk semasa rehlah.

YB Cikgu Johari  bersama Penduduk mengadakan tahlil dan doa selamat

BERSELERA !!! Makan tengahari dengan nasi yang dimasak dalam buluh dan ikan sungai yang dibakar.

YB Cikgu Johari turut dibawa melawat kesan hakisan tebing sungai dikampung tersebut.

 

PENYERAHAN WANG KAFALAH KEDAH

Program    : Majlis Penyerahan Wang Kafalah & Sumbangan Kepada Penduduk Dhaif.
Tarikh: 16 Februari 2013.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Markaz PAS Kg.Kijang, DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 10 waris yang kematian ahli keluarga hadir untuk menerima sumbangan wang Kafalah Kedah dan lebih 50 orang penduduk dhaif di UPU Mengkuang telah menerima sumbangan barangan dapur yang disampaikan oleh YB Cikgu Johari, Majlis yang diadakan di perkarangan Markaz PAS Kg.Kijang itu dihadiri lebih 200 orang penduduk, Turut hadir dalam majlis ini ialah Ust.Saedin Hj Hussin, Ketua UPU Mengkuang, Ust.Ashri Abd Rahman, MKK Kg.Mengkuang Tengah, En.Abd Majid Hj Shaari, MKK Mengkuang Masjid, En.Mohd Puzi Abu Nifas, MKK Mengkuang Mentaling, En.Norehan lsmail, MKK Kg.Kijang dan Setiausaha MKK masing-masing serta penduduk kampung.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK DI UPU MENGKUANG

YB Cikgu Johari bersama sebahagian daripada penduduk yang menghadiri majlis penyampaian sumbangan Kafalah dan fakir miskin.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan Wang Kafalah Kedah kepada seorang waris.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada seorang fakir miskin sambil dibantu Ust Saedin Hj Hussin ( Kanan ).







Kanak-kanak juga turut mendapat sumbangan daripada YB Cikgu Johari.
YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang uzur.