Selasa, 26 Februari 2013

ADUN KUPANG RAI PESERTA KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH

Program    : Kayuhan Sejahtera Kedah, Baling 2013.
Tarikh: 23 Februari 2013.
Masa: 9.00 Pagi.
Tempat: Perkarangan Pejabat SKWAT, Kupang.
Catatan        : Lebih 150 peserta dari daerah Baling, Kulim, Sg.Petani, Taiping, Bagan Serai dan Thailand menyertai Kayuhan Sejahtera Kedah, Baling 2013 yang dianjurkan pejabat SKWAT Kupang dengan kerjasama Kelab Berbasikal Bayu Baling, Pesreta berkumpul seawal 7.30 pagi diperkarangan pejabat SKWAT Kupang bagi mengikuti taklimat serta majlis pelepasan peserta yang dilakukan oleh YB Cikgu Johari Abdullah dan kayuhan tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari, Pihak penganjur juga turut menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah, Turut hadir pada majlis ini ialah Ust.Rosli Azmi, Pegawai Khas Belia YAB MB Kedah, Ust.Md.Juki Ahmad, Naib YDP PAS Baling, Ust Hassan Saad, S/U PAS Baling, Ust.Hilmi Wahab, Ketua Penerangan PAS Baling, Ust.Mahmud Yaakob, Ajk PAS Baling, Cikgu Abd.Kader Rani, S/U SKWAT Kupang serta ahli Kelab Berbasikal Bayu Baling.

KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH BALING 2013

YB Cikgu Johari berucap merasmikan Kayuhan Sejahtera Kedah Baling 2013.

Pimpinan PAS Baling turut hadir memberikan sokongan pada penganjuran ini

Sebahagian daripada peserta dan keluarga hadir semasa majlis perasmian.
Ust Hassan Saad menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima.

Ust Hilmi Wahab turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima sambil dibantu Ust Mahmud Yaakob ( Dua Kanan ).

Ust Md Juki Ahmad turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima

Ust Rosli Azmi turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima

YB Cikgu Johari turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang penerima




YB Cikgu Johari bersama jawatankuasa penganjur sedang menanti pengumuman nama pemenang Kayuhan Sejahtera Kedah Baling 2013.

YB Cikgu Johari bergambar kenangan bersama peserta 
Kayuhan Sejahtera Kedah Baling 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan