Ahad, 24 Februari 2013

YB PENUHI JADUAL YANG PADAT

Program    : Pelbagai majlis yang dianjurkan dan sempat dihadiri.
Tarikh: 22 Februari 2013.
Masa
Tempat
Catatan        : YB Cikgu Johari menunaikan Solat jumaat bersama YTM Tunku Temenggong Kedah di Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling, Setelah selesai majlis tersebut YB terus bergegas ke dewan SMADI Pekan Kupang untuk merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Penoreh Getah daerah ( PENOREH ), Seperti rutin harian YB selepas solat asar beliau akan menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Pada kali ini YB menziarahi penduduk di Kg.Bkt.Hijau, DUN Kupang.

SOLAT JUMAAT BERSAMA YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH    

YB Cikgu Johari, YB Cikgu Hj Md Zuki Yusof ( Kiri ) dan YTM Tunku Temenggong menikmati jamuan tengahari di perkarangan masjid setelah selesai solat jumaat di Masjid Ridzwaniah Pekan Baling.

Para jemaah menyambut kepulangan YTM Tunku Temenggong Kedah setelah selesai majlis.
PERASMIAN PERSATUAN PENOREH GETAH DAERAH BALING

Peserta sedang sibuk dimeja pendaftaran.

Sebahagian daripada ahli persatuan PENOREH yang hadir dalam mesyarat agong kali pertama.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan mesyuarat persatuan PENOREH yang hadir dalam mesyarat agong kali pertama.

YB Cikgu Johari menerima cenderahati daripada pemangku pengerusi PENOREH.

ZIARAH DAN SUMBANGAN DI KG.BUKIT HIJAU

YB Cikgu Johari mengunjungi dari rumah ke rumah untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Terpaksa berjalan kaki untuk menziarahi rakyat.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang warga emas sambil dibantu Hj.Nawawi Ahmad, Ahli Majlis Daerah Baling ( Kiri ).

Terpaksa meniti pada batang kayu yang merentangi sebatang sungai demi untuk menjenguk nasib rakyat.

Bukit sama didaki !!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan