Isnin, 13 Februari 2012

YB Turun Padang Lagi !!!

Program    : Mengetuai Perarakan Maulidur Rasul, Ziarah Dan Sumbangan, Bersama Pemuda Cawangan dan lain-lain.
Tarikh: 12 Februari 2012
Masa
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan       :9.30 Pagi-YB mengetuai perarakan Maulidur Rasul dan merasmikan majlis sambutan tersebut yang dianjurkan oleh Masjid Kg.Badang, DUN Kupang, Majlis tahunan ini turut disertai pelajar SK Badang dan mendapat sambutan menggalakan daripada penduduk dalam qariah tersebut..3.30 Ptg-Menziarahi seorang kanak-kanak, Adik Nur Asma Zahri Binti Adnan di Kg.Mengkuang Masjid yang mengidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan, YB telah menyerahkan sumbangan peribadi serta sumbangan yang dikumpul penduduk kampung bagi membantu meringankan beban keluarga ini.5.00 Ptg.-Bersama pemuda Kg.Charok Bunting, DUN Bayu untuk menyerahkan Glove Tomoi dan melawat jalan asas yang sudah siap dilaksanakan serta melawat kawasan yang diajukan masalah oleh penduduk kepada YB.                             


PERARAKAN MAULIDUR RASUL MASJID KG.BADANG, DUN KUPANG

Perarakan Maulidur Rasul turut disertai pelajar SK Badang.

YB Cikgu Johari mengetuai perarakan Maulidur Rasul Masjid Kg.Badang.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul.

YB Cikgu Johari dibawa melawat syiling dalam Masjid yang rosak.

YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada imam dan Ajk Masjid Kg.Badang




MELAWAT KANAK-KANAK JANTUNG BERLUBANG

YB Cikgu Johari melihat keadaan kanak-kanak jantung berlubang sambil diperhatikan Ust Saedin Husin, lmam Masjid Kg.Mengkuang (Kanan)
Simpati !!! YB Cikgu Johari memangku Adik NurAsma Zahri
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada bapa pesakit
YB Cikgu Johari turut menziarahi jiran keluarga pesakit jantung berlubang yang mengalami sakit Strok.

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.CHAROK BUNTING, DUN BAYU.

Melawat jalan asas yang telah siap dibina.

Menziarahi seorang kanak-kanak istimewa sambil diperhatikan Ust Ashri Abd Rahman,Setiausaha DPP Baling (kanan)

Menyerahkan Glove Tomoi kepada pemuda.

Menyaksikan pertunjukan Tomoi pemuda Kg.Charok Bunting.

Bergambar kenangan bersama penduduk Kg.Charok Bunting.

Melawat kerja-kerja mendalamkan saliran.

Meninjau masalah yang diajukan penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog