Sabtu, 4 Februari 2012

YB Mengetuai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul DMP Baling 1433H

Program    : Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1433H, Dewan Muslimat Pas Baling.
Tarikh: 4 Januari 2012
Masa: 9.00 pagi.
Tempat: Pekan Kupang.
Catatan        : Ceria dan meriah!!!, ltulah suasana semasa berlangsungnya majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul 1433H anjuran Dewan Muslimat Pas Kawasan Baling, Majlis yang disertai hampir 800 orang peserta yang melibatkan muslimat dari cawangan -cawangan seluruh kawasan Baling, YB Cikgu Johari selaku Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling telah mengetuai perarakan tersebut, Majlis yang meriah ini melibatkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur hadir bagi menyatakan tanda kasih dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan kumpulan terbaik,kain rentang, mewarna bagi peserta kanak-kanak dan lain-lain,Hadiah dan hamper disumbangkan oleh pejabat YB, Turut meraikan majlis ini adalah pimpinan Pas kawasan Baling dan pimpinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Baling.

SUASANA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H Anjuran DMP BALING.

YB Cikgu Johari mengetuai perarakan Maulidur Rasul 1433H ( DMP Baling )



Walaupun terpaksa dipimpin tetap hadir dan sanggup berjalan sejauh 2 KM.








YB Cikgu Johari diperkenalkan kepada ketua kumpulan cawangan

Ustz.Che Tah Bakar mengiringi YB Cikgu Johari semasa melawat kumpulan Muslimat dari cawangan-cawangan yang mengambil bahagian sambil diperhatikan YB Hj.Mad Zuki Yusof ( kiri ).




Saf pimpinan sedang berselawat.

Petugas U3B ( Kumpulan Sukarela dibawah kelolaan pejabat YB ) sibuk menyediakan makanan kepada peserta perarakan

En.Kam Teik Joo ( dua kanan ), Ketua Komuniti Cina Pekan Kupang turut membantu membungkus makanan untuk diedarkan kepada peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog