Sabtu, 21 Januari 2012

Sumbangan Tahun Baru Cina

Program    : Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina DUN Kupang.
Tarikh: 20 Januari 2012
Masa: 9.00 malam.
Tempat: Dewan Cina Pekan Kuala Pegang.
Catatan        : Seramai 50 orang warga emas dan miskin kaum Tioghua dalam DUN Kupang yang akan menyambut Tahun Baru Cina diraikan dalam satu majlis malam tadi, Majlis yang diadakan bagi kali keempat berturut-turut ini disambut dengan meriah.

Ketika berucap mewakili komuniti cina DUN Kupang, En.Kam Teik Joo melahirkan rasa gembira dengan kehadiran YB serta pimpinan Pas kawasan Baling ke majlis tersebut serta keprihatinan kerajaan negeri Kedah terhadap kaum Tionghua, YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan hamper, AngPau dan kad Tahun Baru Cina dalam majlis tersebut.

Majlis yang meriah ini turut dihadiri Ajk Pas kawasan Baling, Ajk DPPB, Hj.Abd.Ghani Abd.Aziz ( MKK Kuala Pegang), En.Cheah Yew Hock ( MKK Komuniti Cina Kuala Pegang ) dan ahli Pas Pekan Kuala Pegang.

En.Kam Teik Joo berucap mewakili kaum Tionghua

YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina

Seorang warga emas menerima sumbangan sambil diperhatikan En.Cheah Yew Hock

Ketua pasukan badmington yang menggunakan dewan cina turut menerima sumbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog