Sabtu, 28 Januari 2012

Rasmi Mesyuarat Agung Bekalan Air Masyarakat

Program    : Rasmi Mesyuarat Agung Bekalan Air Masyarakat Kg.Kuala Kuang, DUN Bayu.
Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 3.00 petang.
Tempat: Dewan Masjid Kg.Kuala Kuang.
Catatan        : Pihak pengurusan  Bekalan Air Masyarakat (BAM) Kg .Kuala Kuang sekali lagi telah menjemput YB untuk merasmikan mesyuarat agung kali ke 10 mereka.

Mesyuarat pada kali ini juga mencatat sejarah apabila lebih daripada 100 orang telah hadir dalam mesyuarat tersebut, Mesyuarat kali ini turut dihadiri En.Mohd Rodhi ( Pengerusi BAM Kuala Kuang ) serta 3 orang MKK dan 2 orang JKKP dari kampung-kampung yang terlibat dengan bekalan air masyarakat.

Bermula tahun 2008 kesemua 13 tempat pengguna bekalan air masyarakat di kawasan Baling telah dinaik taraf antaranya sistem takungan air, paip air dan kaedah bouring digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna sebelum ini.

YB Cikgu Johari sedang berucap sambil diperhatikan En.Kasim Awang, JKKP Kuala Kuang (dua kiri) dan Hj. Abd. Rahman Yaakob, MKK Kg. Bukit (tiga kanan).

Sebahagian penduduk khusyuk mendengar ucapan perasmian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog