Ahad, 15 Januari 2012

Sepetang Bersama Penduduk Kg.Kledang

Program    : Majlis Sepetang Bersama Penduduk Kg.Keledang,  DUN Kupang
Tarikh: 14 Januari 2012
Masa: 5.00 petang.
Tempat: Perkarangan Surau Kg.Keledang Kuala Pegang.
Catatan        : Majlis yang dimulakan dengan solat asar berjemaah bersama penduduk kampung dan menjamu selera seterusnya YB Cikgu Johari diminta oleh Pengerusi MKK kampung Keledang, En.Johari lshak untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan gelanggang sepak takraw yang baru siap dibina,
 
Dalam majlis itu juga YB Cikgu Johari telah menyampaikan sumbangan 8 buah meja, 32 buah kerusi, 4 biji bola sepak takraw & jaring dan 10 hamper kepada penduduk kampung tersebut.

Menjamu selera bersama penduduk semasa Kenduri kampung

Ucapan En.Shuhaimi Ketua Pas cawangan

Berucap ketika perasmian gelanggang sepak takraw

Menyampaikan hamper kepada pemenang cabutan bertuah

Bergambar bersama penduduk kampung di atas gelanggang
sepak takraw

Membeli barangan yang turut dijual semasa program berlangsung

Ceramah Pra Konvensyen PR

Program    : Ceramah Umum Pra Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke 3.
Tarikh: 13 Januari 2012
Masa: 9.00 malam.
Tempat: Padang Awam Pekan Baling.
Catatan        : Menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke3 keesokkan harinya yang berlangsung di Stadium Suka Menanti Alor Setar, Maka Pas Kedah telah menyusun program ceramah umum serentak di 16 kawasan diseluruh negeri Kedah, Pas kawasan Baling juga telah berjaya mengadakan ceramah yang di hadiri pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Dato`Dr.Chua Jui Meng (Naib Presiden PKR), YB.N.Kulasegaran (MP Ipoh Barat),Ust.Rosli Azmi (S/U DPP Kedah) dan pimpinan Pas Kawasan Baling.

YB Cikgu Johari sedang berucap mewakili Pas Baling

YB N Kulasegaran sedang menyampikan ucapan

Dato`Dr. Chua bersemangat menyampaikan ceramah

YB Cikgu Johari bersama Dato`Chua dan pimpinan Pas
sedang menjamu selera di medan selera
selepas program ceramah

Jumaat, 13 Januari 2012

Kenduri Rumah Baru

Program    : Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Masuk Rumah Baru.
Tarikh: 13 Januari 2012
Masa: 3.00 petang
Tempat: Kg.Charok Bemban Dalam, Kupang.
Catatan        : En.Ali Yaacob serta keluarga hari ini bergembira apabila rumah yang diidamkan selama hampir 30 tahun kini menjadi kenyataan setelah permohonan beliau untuk mendapatkan rumah mendapat perhatian YB Cikgu Johari, Rumah yang dibina oleh UPEN Kedah kini siap sepenuhnya. Turut sama dalam majlis tersebut adalah En.lshak lbrahim (MKK Kg.Charok Bemban dalam).

YB Cikgu Johari bersama keluarga En. Ali Yaacob (berbaju biru)
dihadapan rumah baru mereka




Notis Permohonan Tanah Kerajaan Mula Dipamerkan !!

Program    : Notis Pameran Pemohonan Tanah Kerajaan Kedah Mula Dipamerkan.
Tarikh: Mula 12 Januari 2012 Hingga 9 Februari 2012
Tempat: Masjid Kg. Iboi dan Tempat-tempat tumpuan sekitar.
Catatan       : Penduduk di Kg.Iboi hari ini mula melahirkan rasa lega setelah lebih 50 tahun tanah yang yang di usahakan kini mula menampakkan hasilnya, Terkini pejabat tanah daerah Baling telah pun mempamerkan notis pemohonan tanah kerajaan.

Usaha yang di lakukan oleh YB Cikgu Johari bermula setelah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS menerajui kerajaan Kedah pada tahun 2008. Sebanyak 2188 pemohon tanah usaha telah mendaftar bagi mendapatkan hak milik mereka.

YB Cikgu Johari melihat notis pemohon tanah kerajaan
 yang dipamerkan di Masjid Al-Falah Kg.lboi,DUN Bayu

Khamis, 12 Januari 2012

Melawat Kematian Kaum Tionghua

Program    : Melawat Kematian Kaum Tionghua.
Tarikh: 12 Januari 2012
Masa: 9.00 malam
Tempat: Pekan Kuala Pegang, DUN Kupang.
Catatan       :YB Cikgu Johari telah meluangkan masa bagi melawat kematian kaum Tionghua, Turut mengiringi beliau adalah Ust.Mohd Ashri Abd.Rahman (Setiausaha DPP Baling), Cikgu Abd.Ghani Abd.Aziz (MKK Pekan Kuala Pegang),En.Wong Kiam Fook (Ketua Komuniti Cina Kuala Pegang) serta ahli Pas cawangan Pekan Kuala Pegang.


YB cikgu Johari bersama Ust Ashri dan Cikgu Ghani

Melawat Mangsa Ribut

Program    : Melawat Rumah Mangsa Ribut
Tarikh: 12 Januari 2012
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kg.Tanjung Merbau, DUN Kupang.
Catatan       : Sebuah rumah milik En.Gunalan A/L Perumal telah dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut yang melanda kampung tersebut pada jam 6.30 petang kelmarin, Tiada kemalangan atau kecederaan berlaku, YB Cikgu Johari hadir bagi melihat sendiri keadaan rumah mangsa serta menghulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa,Pejabat Daerah Baling akan memperbaiki semula kerosakan yang berlaku.

YB Cikgu Johari melihat keadaan rumah yang dihempap pokok kelapa

YB Cikgu Johari menghulurkan sumbangan kepada mangsa

Rabu, 11 Januari 2012

Sepetang Bersama Penduduk

Program    : Sepetang Bersama Penduduk Dalam UPU Kg.Lalang, Siong.
Tarikh: 10 Januari 2012
Masa: 5.30 petang.
Tempat: Surau Kg.Baru Sg.Lalang DUN Bayu.
Catatan       : Pelbagai aktiviti diisi dalam program ini antaranya Program ziarah dan sumbangan kepada warga emas yang uzur, sumbangan pakaian sekolah kepada kanak-kanak istimewa, penyerahan kad e-sinar, perasmian gelanggang sepak takraw dan melawat jalan yang rosak. Antara kampung yang terlibat dalam program ini adalah Kg. Baru Siong, Kg.Lalang dan Kg. Charok Bunting,

Turut hadir dalam program ini ialah Ust. Hj. Md. Juki Ahmad, Penyelaras DUN Bayu, Ustzh Che Tah Bakar, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Baling dan Puan Rodziah Rejab, AJK DMP Baling. Majlis berakhir dengan solat maghrib berjamaah bersama penduduk di Kg.Charok Bunting.

Merasmikan gelanggang sepak takraw

Sumbangan kepada wakil pemuda Kg.baru, siong

Taklimat kerajaan negeri kepada penduduk

Penyerahan kad e-sinar

Membantu tanpa mengira fahaman politik

Melawat rumah pemohon pendawaian elektrik

Menyerahkan sumbangan kepada pesakit kronik

Menziarahi warga emas yang uzur

Menyampaikan sumbangan selepas menunaikan solat maghrib bersama penduduk

Selasa, 10 Januari 2012

Sumbangan Fakir Miskin

Program    : Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin Dan Anak Yatim
Tarikh: 10 Januari 2012
Masa: 4.00 petang
Tempat: Surau Kg.Sadek, Kupang.
Catatan       : Seramai 15 orang fakir miskin dan anak-anak yatim dalam cawangan PAS Kg. Sadek menerima sumbangan wang tunai dan barangan dapur. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ust. Hj. Abdullah lsa Abd. Hamid, Ketua Pas UPU Kg. Sadek, En. Zakaria Shaari, Setiausaha  UPU Kg. Sadek, Ust Hj. Mokhtar Awang Embong, MKK Kg. Sadek serta ahli-ahli Pas cawangan tersebut dan penduduk kampung.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada penerima

Ziarah Kematian di Kampung Charok Sikin

Program    : Ziarah dan sumbangan kepada waris kematian
Tarikh: 10 Januari 2012
Masa: 11.00 pagi.
Tempat: Kg.Charok Sikin, Kupang.
Catatan       : Turut mengiringi beliau adalah Pengerusi MKK Kg.Charok Sikin, Hj.Md lsa Saad.

Mendoakan jenazah.

Ziarah Kematian di Kg. Simpang Tiga Bok Bak

Program    : Ziarah dan sumbangan kepada waris kematian.
Tarikh: 9 Januari 2012
Masa: 11.00 malam
Tempat: Kg.Simpang Tiga Bok Bak, DUN Bayu
Catatan       : Menziarahi keluarga dan menyampaikan sumbangan kepada waris simati.

YB Cikgu Johari Menyerahkan sumbangan kepada waris

Lawatan MKK DUN Kupang Ke Melaka

Program    : Lawatan Sambil Belajar MKK DUN Kupang Ke Melaka.
Tarikh: 9 Januari 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat Daerah Baling
Catatan       : YB Cikgu Johari meluangkan masa bersama-sama anggota rombongan MKK DUN Kupang yang akan bertolak ke Melaka disamping menyampaikan tazkirah dan doa selamat, Seramai 40 orang terlibat dalam rombongan tersebut.


Bersama anggota rombongan

Menyerahkan sumbangan kepada wakil rombongan

Himpunan 901

Program    : Himpunan 901 Kes Liwat DSAI.
Tarikh: 9 Januari 2012
Masa: 9.00 pagi.
Tempat: Perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Catatan       : YB Cikgu Johari bersama ahli-ahli Pas kawasan Baling turut hadir bagi menyatakan sokongan Pakatan Rakyat terhadap kes fitnah liwat yang dikenakan kepada Dato`Seri Anwar lbrahim.

YB Cikgu Johari bersama YB Dato` Dr. Hamdan dan YB Ust Nasir Zakaria

Diperkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Turut bersama anggota EXCO Kerajaan Negeri Kedah

Suasana di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Sabtu, 7 Januari 2012

Program Warga Felcra Baling Bersama BAPA

Program    : Program Warga FELCRA Bersama Pengerusi BAPA dan Peguam LTDWPP
Tarikh: 7 Januari 2012
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Dewan KEDA Pekan Kupang.
Catatan       : Majlis program warga FELCRA daerah Baling bersama pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA ) dan peguam LTDWPP  yang julung kalinya diadakan di kawasan Baling ini bagi membantu peserta-peserta  FELCRA yang merasakan mereka teraniaya dengan pihak FELCRA. YB Cikgu Johari sendiri pernah membawa masalah ini pada sidang DUN Kedah yang lepas.

Program ini dihadiri Tn. Hj. Razman Zakaria, Pengerusi BAPA, Tn. Hj. Harris Abdullah, AJK Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, En.Zulikifli Osman, Pengerusi Lajnah Petani PAS Kawasan Baling. Hampir 100 orang peserta FELCRA hadir dalam program ini.

YB Cikgu Johari bersama Hj. Razman dan Hj. Harris

Peserta felcra mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam

Ceramah Kelompok DUN Kuala Ketil

Program    : Program Ceramah Kelompok DUN Kuala Ketil
Tarikh: 6 Januari 2012
Masa: 10.00 Malam
Tempat: Kg.Lahar Parang, Kuala Ketil
Catatan       : Menerangkan dasar serta pencapaian kerajaan negeri Kedah sepanjang pentadbiran kerajaan pakatan rakyat juga menyentuh isu-isu semasa dalam dan luar negara, Turut berucap dalam majlis tersebut adalah YB Hj.Mad Juki Yusof ADUN Kuala Ketil, Ust.Mohd Hilmi Wahab Ketua Penerangan PAS Kawasan Baling juga hadir bagi meraikan majlis yang dihadiri hampir 100 orang penduduk.


YB Cikgu Johari sedang menyampaikan ucapan

Lawatan MKK DUN Bayu Ke Melaka

Program    : Program Lawatan Sambil Belajar MKK DUN Bayu Ke Melaka
Tarikh: 6 Januari 2012
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Perkarangan Pejabat Daerah Baling.
 Catatan       : YB Cikgu Johari telah meluangkan masa meraikan peserta rombongan yang terdiri daripada Pengerusi MKK dalam DUN Bayu seramai 40 orang yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka selama 2 hari, Terdahulu daripada itu pada sebelah paginya YB Cikgu Johari telah menghadiri program ``Multaqa Daie``anjuran Dewan Ulama`PAS Kedah yang berlangsung di pejabat PAS kawasan Sik.

YB Cikgu Johari sedang berbincang sesuatu dengan peserta rombongan

Bertemu dengan ahli rombongan yang berada didalam bas

Rabu, 4 Januari 2012

Sepetang Bersama Penduduk

Program    : Majlis Sepetang Bersama Penduduk UPU Pekan Kupang.
Tarikh: 4 Januari 2012.
Masa: 5.00 petang.
Tempat: UPU Pekan Kupang.
Catatan       : YB Cikgu Johari bersama Pengerusi MKK Bukit Terebak, En.Abd.Wahab lsmail menziarahi warga emas yang uzur di Kg.Bukit Terebak dan meluangkan masa minum petang bersama penduduk sekitar pekan Kupang di medan selera pekan Kupang. Hampir 40 orang bersama dalam program tersebut.

YB Cikgu Johari bersama En.Wahab menziarahi warga emas yang uzur

YB Cikgu Johari sedang minum petang bersama penduduk

Ziarah Kematian Mangsa Kemalangan

Program    : Ziarah Kematian Mangsa Kemalangan Jalanraya.
Tarikh: 4 Januari 2012
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Kg.Tebing Tinggi, DUN Kupang.
Catatan       : YB Cikgu Johari Meluangkan Masa Menziarahi Mangsa Kemalangan Jalanraya, Turut Bersama Beliau Adalah Ust.Rashidi Md.Arof, Tim.Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling Dan AJK PAS kawasan Baling, Hj.Nawawi Ahmad.

YB cikgu Johari bersama Ust.Rashidi dan Hj.Nawawi menziarahi jenazah Allahyarham

Selasa, 3 Januari 2012

Melawat Mangsa Kemalangan

Program    : Melawat Tempat Mangsa Kemalangan Jalanraya.
Tarikh: 3 Januari 2012
Masa: 1.30 Tengahari.
Tempat: Simpang Tiga Sg.Limau, Bt.42 ( Berhadapan SMA Titi Gantong, Sg.Limau )
Catatan       : YB Cikgu Johari bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa Allahyarham En.Aziz Bin Yusof.



YB Cikgu Johari melawat tempat kemalangan



Isnin, 2 Januari 2012

Sumbangan Kafalah

Program: Penyerahan Wang Kafalah
Tarikh: 2 Januari 2012
Masa: 3.00 petang.
Tempat: Pejabat SKWAT DUN Kupang.
Catatan    : YB Cikgu Johari menyerahkan wang kafalah kepada En.Zenon Abidin Othman, Turut menyaksikan penyerahan tersebut adalah Ketua Unit Peti Undi (UPU) Malau, En.Amran.

YB Cikgu Johari menyerahkan wang kafalah kepada En.Zenon Abidin

Penyerahan Khemah Canopy

Program    : Majlis Penyerahan Khemah Canopy Kepada Penduduk Kg. Bukit Palong
Tarikh: 2 Januari 2012
Masa: 9.00 malam.
Tempat: Surau Kg.Bukit Palong, Baling.
Keterangan : YB Cikgu Johari menyerahkan satu set khemah canopy kepada penduduk Kampung Bukit Palong. Majlis penyerahan diadakan di surau kampung tersebut yang turut dihadiri Pengerusi MKK Kg.Bukit Palong, Ust.Mad Ali Yahaya, Pengerusi MKK Kg. Bukit Payung, En.Syukri Shaari dan Pengerusi MKK Kg.Tandop, Cikgu  Mohd. Nahar bin Ishak serta penduduk kampung.

YB Cikgu Johari sedang menyampaikan ucapan
 
YB Cikgu Johari menyerahkan simbolik khemah canopy kepada Pengerusi MKK Kg.Bukit Palong

Ahad, 1 Januari 2012

Penyerahan Bantuan Bulanan

Program    : Majlis Penyerahan Bantuan Bulanan Kepada Fakir Miskin.  
Tarikh: 1 Januari 2012. 
Masa: 5.50 petang.
Tempat: Pejabat MKK Kg.Lanai, Kupang.
Keterangan : YB Cikgu Johari dijemput bagi menyerahkan bantuan bulanan kepada seramai 20 orang fakir miskin, Bantuan ini adalah hasil usaha daripada Pengerusi MKK Kg.Lanai, En.Muhamad Hassan Bin Mohd Rawther, Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi MKK Kg.Sg.Tas, Hj.Zakaria lsmail, Pengerusi MKK Kg.Charok Salang, Ust.Nawi lbrahim serta penerima bantuan.

YB Cikgu Johari sedang menyampaikan ucapan kepada penerima bantuan

YB Cikgu Johari menyerahkan bantuan kepada fakir miskin  

Sumbangan Kerusi Roda

Program   :Majlis Sumbangan Kerusi Roda Kepada Warga Emas.
Tarikh:1 Januari 2012
Masa:3.30 petang.
Tempat:Kg.Hangus, Kupang.
Keterangan : YB Cikgu Johari menyerahkan kerusi roda kepada Pak Da lsa dalam program ziarah Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling ke cawangan Kg.Hangus.Turut hadir adalah wakil ADUN angkat DUN Bayu, Ust.Md.Juki Ahmad serta Pengerusi MKK Kg.Hangus, En.Sulaiman Hussin.

YB Cikgu Johari menyampaikan kerusi roda kepada penerima

Rehlah Belia Sejahtera

Program : Rehlah Belia Sejahtera Pemuda Kg.Charok Gorok, Asam Jawa, Baling.
Tarikh : 31 Disember 2011
Masa : 9.00 malam.
Tempat : Pusat Rekriasi Lata Bayu, Asam Jawa, Baling.
Keterangan : YB Cikgu Johari hadir ke majlis tersebut serta memberikan Tazkirah kepada peserta rehlah seramai hampir 50 orang pemuda kampung tersebut, Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi MKK Kg..Charok Gorok yang juga Ketua Pemuda PAS Cawangan En.Syukri Hasyim.

YB Cikgu Johari menyantuni peserta

YB Cikgu Johari bersama sebahagian peserta rehlah

Sepetang Bersama Penduduk Kampung

Program : Majlis Sepetang Bersama Penduduk Kg.Kememeh Dan Kg.Telok Perah.
Tarikh : 31 Disember 2011
Masa : 5.00 petang.
Tempat : Kg.Kememeh Dan Kg.Telok Perah, Kuala Pegang DUN Kupang.
Keterangan : YB Cikgu Johari Turun Padang Bagi Meninjau Masalah Yang Dihadapi Penduduk Kampung, Turut Mengiringi Beliau En.Md.Hanafiah Abd.Rahman (MKK Kg.Kememeh) Serta Penduduk Kampung.

YB Cikgu Johari melawat kawasan yang sering berlaku banjir

YB Cikgu Johari turut melawat warga emas