Ahad, 30 September 2012

YB TERUSKAN AKTIVITI ZIARAH DI DUN KUPANG & BAYU

Program    : Ziarah Serta Sumbangan Kepada Pesakit Dan Miskin.
Tarikh: 30/9/2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Sepertimana biasa apabila tiada jadual urusan rasmi YB akan turun ke kampung2 untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang sempat dilawati, Antaranya di Kampung Charok Bemban Luar, DUN Kupang dan Kg.Luar, DUN Bayu, Turut mengiringi lawatan ini adalah MKK di kampung tersebut.

LAWATAN DI KG.CHAROK BEMBAN LUAR, DUN KUPANG.
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang pesakit terlantar.

YB Cikgu Johari bersama En.Mohd Basari Hassan, MKK Kg.Charok Bemban Luar ( Kiri ) meninjau masalah yang dihadapi penduduk.

YB Cikgu Johari sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan penduduk.

YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi seorang Veteran Pas di Kampung tersebut.

LAWATAN DI KG.LUAR, DUN BAYU. 

YB Cikgu Johari menziarahi En.lsmail yang baru pulang dari hospital setelah menjalani pembedahan jantung.Turut mengiringi adalah En.Ramli Hussin, MKK Kg.Luar ( Kiri ).

Menziarahi seorang petugas yang uzur.

Menzirahi seorang Veteran Pas yang lumpuh separuh badan.


ABBY ABADI & LEMAN RAJA LAWAK TEMUI ANAK MUDA DI BALING

Program    : Bicara Selebriti & BBQ 1000 Ekor Ayam Anak Muda Baling.
Tarikh: 27 & 29/9/2012.
Masa
Tempat
Catatan        : 2 orang Selebriti dijemput mengisi program bersama anak muda di Baling, Pada 27/9/2012, Abby Abadi memenuhi jemputan HiTea anjuran Muslimat Pas Kawasan Baling yang diadakan di dewan badminton Pekan Kupang, Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada muslimat yang memenuhi dewan tersebut, Pada sebelah malam beliau menghadiri majlis Bual Bicara bersama Ust.Hj Abdullah lsa Abd Hamid ( AJK PAS Kawasan Baling ) dan moderator oleh Ust Riduan Abu Bakar ( Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah )..29/9/2012- BBQ 1000 Ekor Ayam anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling diadakan di lokasi yang sama dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ust Nassarudin Hassan Thantawi ( Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ) dan Leman Raja Lawak, Majlis yang bermula dengan konvoi anak-anak muda dari cawangan masing-masing ke tapak program yang disertai hampir 300 biji motorsikal, Majlis ini turut dihadiri TG.Hj.Abd.Wahab Hassan ( YDP Pas Kawasan Baling ), Ust Rosli Azmi ( S\U DPP Kedah ).

BICARA SELEBRITI BERSAMA ABBY ABADI

YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan aluan dalam majlis Bicara Selebriti.
Abby Abadi menceritakan pengalaman beliau dalam dunia hiburan sebelum berhijrah

Muslimat memenuhi dewan badminton semasa majlis HiTea bersama Abby Abadi.
 BBQ 1000 EKOR AYAM ANAK MUDA BALING.
YB Cikgu Johari menyertai konvoi pemuda ke BBQ 1000 Ekor Ayam
Petugas bertungkus lumus menyediakan ayam panggang untuk anak muda.
Anak muda mengambil juadah.


Pimpinan PAS sedang menikmati jamuan

Gelagat Leman Raja Lawak yang mencuri tumpuan hadirin.

Sebahagian anak muda memenuhi tapak program.

YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan aluan dalam majlis BBQ 1000 Ekor Ayam Anak Muda Baling.

Ust Nasaruddin Thantawi menyampaikan amanat kepada anak muda.

Ust Nasaruddin Thantawi membacakan doa sebelum menutup majlis BBQ 1000 Ekor Ayam.

Khamis, 27 September 2012

YB MELAWAT MANGSA RIBUT DI DUN KUPANG & BAYU

Program    : Melawat & Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut.
Tarikh: 25-26/9/2012.
Masa: -
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Sepanjang 3 hari berturut-turut beberapa buah kampung di DUN Kupang dan Bayu dilanda ribut yang mengakibatkan banyak rumah yang rosak, YB meluangkan masa melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Hampir semua yang terlibat menerima bahan binaan untuk membaiki kerosakan daripada Pejabat Daerah Baling.

YB Cikgu Johari bersama En.Hasnul, Penghulu Mk.Kupang ( Kiri ) melawat rumah yang rosak di Kg.Charok Rambai, DUN Kupang.

Bumbung sebuah rumah di Kg.Padang, DUN Kupang yang terbang dibawa angin semasa kejadian ribut

YB Cikgu Johari bersama En.Halim Shafie, MKK Kg.Padang ( Kiri ) melihat keadaan dapur rumah yang rosak.

Bumbung sebuah rumah yang terbang dibawa angin.

YB Cikgu Johari bertanya khabar kepada penduduk semasa melawat mangsa ribut di Kg.Padang.

Hampir separuh bahagian rumah ini bumbungnya dibawa angin.

YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada seorang penduduk yang sedang membaiki rumah.

YB Cikgu Johari melihat keadaan air disebatang sungai di Kg.Tanjung, DUN Kupang yang sedang naik.
YB Cikgu Johari bersama Hj.Hamid, MKK Kg.Bandar, DUN Bayu ( Kanan ) melawat sebuah rumah yang rosak.

ZIARAH DAN SUMBANGAN

YB Cikgu Johari sempat melawat serta menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga miskin di Kg.Landak, DUN Kupang.Penerima ini yang bekerja menjual air tebu, Keluarga ini agak kesempitan akibat tidak dapat berniaga kerana ketika ini musim hujan.

SIMPATI !!! Keluarga ini tinggal di sebuah rumah sewa yang agak uzur dan dihuni 5 orang, Anak sulung keluarga ini pula sedang sakit dan terpaksa cuti sekolah.
YB Cikgu Johari menziarahi seorang pesakit ( Bekas JKK ) di Kg.Kuala Nau, DUN Kupang. Turut hadir adalah En.Ahmad Salleh, MKK Kg.Kuala Nau ( Kiri ) dan Hj.Omar Hj.Hasyim, MKK Kg.Ulu Tawar ( Dua Kanan ).

Rabu, 26 September 2012

PELAJAR MISKIN DAERAH BALING GEMBIRA TERIMA BASIKAL

Program    : Sumbangan Basikal Kepada Pelajar Miskin Daerah Baling.
Tarikh: 25/9/2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Dewan Terbuka Pejabat SKWAT DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 100 pelajar miskin daerah Baling menerima basikal daripada JKM Kedah, Sumbangan ini adalah daripada permohonan yang dibuat oleh YB sendiri melalui pejabat EXCO Kebajikan Negeri Kedah, Dalam majlis ini juga seramai 14 orang waris menerima wang kaffalah dan 4 orang waris menerima wang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir, Majlis ini turut dihadiri Hj.Ahmad Rashid,Timbalan Pengarah JKM Kedah,Puan Faridah Ahmad, Pegawai JKM Baling, Pimpinan PAS, Pemuda dan Muslimat Kawasan Baling serta kakitangan pejabat JKM daerah Baling.

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN BASIKAL KEPADA PELAJAR MISKIN DAERAH BALING.

Kakitangan JKM Baling sibuk di meja pendaftaran
Sebahagian daripada pelajar miskin bersama waris memenuhi dewan terbuka SKWAT.

YB Cikgu Johari sedang menyampaikan ucapan.
Timb.Pengarah JKM Kedah turut menyampaikan ucapan.


En.Hasnul,Penghulu Mk.Kupang menyerahkan basikal kepada pelajar sambil dibantu kakitangan JKM.

YB Cikgu Johari menyerahkan basikal sambil dibantu Tn Hj Ahmad

YB Cikgu Johari menyerahkan wang Kaffalah kepada seorang waris kaum Tionghua.

YB Cikgu Johari menyerahkan wang sumbangan kepada waris pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir.


CERIA !!! Kanak-kanak ini amat gembira dengan basikal baru.

Selasa, 25 September 2012

ADUN KUPANG MELAWAT MANGSA RIBUT DI DUN BAYU.

Program    : Melawat Mangsa Ribut Di DUN Bayu.
Tarikh: 24/9/2012.
Masa: 5.30 Petang.
Tempat: Kg.Seberang Pekan & Kg. Dalam Wang, DUN Bayu.
Catatan        : Beberapa buah rumah rosak teruk akibat kejadian ribut yang berlaku pada petang kelmarin, YB telah meluangkan masa melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa, Turut mengiringi YB sewaktu lawatan ini adalah Hj.Zainuddin Bin Budin, MKK Kg.Bawah Gunung/Rumah Murah Baling dan En.Zulkifli, MKK Kg.Dalam Wang.

 TAMAN RUMAH MURAH PEKAN BALING.
YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada Hj.Zainuddin Budin ( Dua Kanan ) sewaktu melawat mangsa ribut di kawasan taman perumahan.

YB Cikgu Johari menemui tuan rumah sambil bertanya khabar.



Sebahagian daripada bumbung rumah yang rosak di pukul ribut

KG.DALAM WANG
Penduduk mengadakan gotong-royong membantu mangsa ribut.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut.

YB Cikgu Johari dibawa melawat rumah yang rosak