Ahad, 23 September 2012

BEKAS-BEKAS PEMAIN BOLASEPAK KEDAH DIRAI

Program    : Majlis Kesyukuran & Jamuan Sambutan Aidilfitri Besama Bekas Pemain Bolasepak Kedah.
Tarikh: 21/9/2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Catatan        : YB selaku Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah telah dijemput bagi meraikan bekas2 pemain bolasepak negeri Kedah yang pernah menyumbangkan jasa mereka dalam arena bolasepak negeri Kedah suatu ketika dahulu, Majlis yang julung kalinya diadakan ini berjaya menghimpunkan ramai bekas2 pemain yang turut hadir bersama keluarga.Selesai menerima jamuan YB juga turut menyampaikan hadiah tanda kenangan pihak penganjur kepada beberapa orang bekas pemain bolasepak Kedah di era tahun 70an. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Dato`Ahmad Shafie, Bekas Jurulatih Kedah, Dato`Basharuddin, Bekas Pengurus Bolasepak Kedah, Dato`Abd Rahman, Pengurus PKNK dan Hj Radhi Md Din, Bekas Ketua Pasukan Bolasepak Kedah yang juga selaku Pengerusi penganjur majlis ini.

Radhi Md Din menyambut ketibaan YB Cikgu Johari di Majlis Jamuan Aidilfitri.

YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan semasa Majlis Jamuan Aidilfitri.

YB Cikgu Johari menikmati jamuan bersama bekas Pengurus, Jurulatih dan Ketua Pasukan Bolasepak Kedah.

Bekas-bekas pemain Bolasepak Kedah bersama keluarga memenuhi dewan Seri Mentaloon.

YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada salah seorang bekas pemain Bolasepak Kedah yang kini sudah uzur.


YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Cikgu Ayob, MKK Kg.Tembak A, DUN Kuala Ketil yang sakit akibat barah pada mata kiri, Turut mengiringi YB semasa kunjungan ini ialah En.lshak lbrahim, AJK Pas Kawasan Baling ( Kanan ).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan