Rabu, 12 Disember 2012

ADUN KUPANG TURUN PADANG TEMUI RAKYAT

Program    : Turun Padang Temui Rakyat.
Tarikh: 11 Disember 2012.
Masa: 3.00 Petang - 9.00 Malam.
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Tidak sibuk dengan jadual menghadiri majlis walimatul urus pada musim cuti persekolahan, YB Cikgu Johari meluangkan masa menzirahi serta menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah kampung yang terlibat dengan banjir yang berlaku baru-baru ini serta melawat tempat-tempat yang dipohon oleh MKK di DUN Kupang dan Bayu.

SUMBANGAN BANJIR DI KG.MENGKUANG MASJID
3.00 Petang- YB Cikgu Johari sedang berucap kepada mangsa-mangsa banjir sebelum menyerahkan sumbangan.

YB Cikgu Johari menyapaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir.Majlis yang diadakan diperkarangan rumah Yusop ini dihadiri semua keluarga yang terlibat dengan banjir yang berlaku baru-baru ini.


En.Majid Hj.Shaari, MKK Kg.Mengkuang Masjid ( Kanan ) banyak membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini.



BERSAMA PENDUDUK KG.SERA BAWAH
5.00 Petang - YB Cikgu Johari meyerahkan kerusi roda dan lampin pakai buang kepada seorang penerima, Turut kelihatan En.Nisabuddin Hassan, MKK Kg.Sera Bawah ( Dua Kanan ) sewaktu mengunjungi keluarga tersebut pada petang kelmarin.

YB Cikgu Johari bersama penduduk melawat kolam takungan air BAM yang siap dibina di Kg.Sera Bawah.

lnilah keadaan takungan air BAM yang masih digunakan penduduk sejak sekian lama sebelum diganti.

YB Cikgu Johari mendengar taklimat berkenaan pembinaan kolam takungan air BAM dari penduduk, Mereka amat gembira kerana Kerajaan Negeri Kedah membantu mereka membina kolam takungan air BAM yang baru.

8.00 Malam- YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Pas di Kg.Bukit Hijau, DUN Kupang
SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KG.LELA, DUN KUPANG
YB Cikgu Johari melahirkan rasa simpati kepada penduduk dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, Turut hadir semasa penyerahan sumbangan ini ialah En.Zulkifli Add.Hazi, MKK Kg.Lela Kuala Pegang ( Kanan ).

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang mangsa banjir, Seramai 29 keluarga di Kg.Lela, Kuala pegang terlibat dengan banjir yang berlaku baru-baru ini.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir, Majlis yang diadakan di perkarangan Surau Kg.Lela ini dihadiri semua mangsa-mangsa banjir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan