Isnin, 15 Oktober 2012

SEPETANG BERSAMA MASYARAKAT INDIA

Program    : Perasmian Pagar Untuk Tanah Perkuburan lndia.
Tarikh: 14 Oktober 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Tanah Perkuburan lndia, Kg.Tanjung Merbau, Kupang.
Catatan        : YB Dato`S.Manikumar telah meluangkan masa merasmikan pembinaan pagar untuk tanah perkuburan kaum lndia di Kg.Tanjung Merbau, Tanah perkuburan yang berusia  35 tahun itu telah mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri untuk pembinaan tersebut, Pihak pengurusan tanah perkuburan tersebut menjalankan kerja gotong-royong untuk membina pagar, Mereka juga amat gembira dengan keprihatinan kerajaan negeri kerana dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka sejak sekian lama.Turut mengiringi EXCO Kerajaan Negeri Kedah ini ialah Cikgu Abd Kadir Rani, S/U SKWAT DUN Kupang, En.Rajendran, Pengerusi DHPP Baling,En.lsmail Awang Besar dan En.Chandru, Ahli Majlis Daerah Baling, En.Ramakrishnan, MKK Kg.Tanjung Merbau serta pengerusi dan jawatankuasa tanah perkuburan.

YB Dato`S.Manikumar sambil dibantu YB Cikgu Johari memotong riben sebagai perasmian pagar tanah perkuburan lndia Kg.Tanjung Merbau.

En.Rajendran (Kiri) berucap mempengerusikan majlis perasmian.Turut kelihatan En.lsmail Awang Besar (Kanan).

Sebahagian jawatankuasa tanah perkuburan yang hadir semasa majlis perasmian.

YB Dato` S.Manikumar sedang berucap semasa majlis perasmian.

YB Dato` S.Manikumar sedang memperkatakan sesuatu kepada YB Cikgu Johari sambil diperhatikan Cikgu Abd Kadir Rani (Dua Kiri).

Bergambar kenangan bersama Jawatankuasa tanah perkuburan.

YB Dato` S.Manikumar melintasi titi kayu menuju ke tanah perkuburan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan