Rabu, 15 Ogos 2012

750 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN RAYA DARIPADA YB ADUN KUPANG

Program    :Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Anak2 Yatim Daerah Baling.
Tarikh: 14/8/2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H.
Masa: 10.00 pagi.
Tempat: Perkarangan Pejabat SKWAT DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 750 orang anak-anak yatim yang melibatkan DUN Kupang dan Bayu hari ini diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan duit raya dan kupon pakaian raya daripada YB Cikgu Johari. Majlis ini merupakan acara tahunan pejabat SKWAT DUN Kupang bagi meraikan anak-anak yatim di daerah Baling, Pada awal tahun ini mereka turut menerima sumbangan pakaian sekolah juga daripada pihak pejabat SKWAT DUN Kupang.Sumbangan ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang disumbangkan melalui Tabung Asnaf Anak Yatim..Turut hadir menyerikan majlis ini adalah Ust Md Juki Ahmad, Pengarah MTD Bayu, Jawatankuasa SKWAT DUN Kupang, MKK dan S/U MKK DUN Kupang dan Bayu.


SUASANA SEKITAR MAJLIS SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

Para petugas SKWAT sedang sibuk melayan pengunjung di meja pendaftaran.

Sebahagian daripada penerima sumbangan memenuhi ruang khemah.

YB Cikgu Johari sedang berucap dalam majlis sumbangan raya kepada anak-anak yatim.

Sebahagian daripada anak-anak yatim yang hadir.


Ust Md Juki Ahmad menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim.


YB Cikgu Johari menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan