Khamis, 3 Mei 2012

Program Sehari MB Kedah Di Daerah Baling.

Program    : Program Sehari MB Kedah Di Daerah Baling.
Tarikh: 26 April 2012.
Masa: 10.00 ~ 5.00 petang.
Tempat: Sekitar Daerah Baling.
Catatan        : Pada sebelah pagi YAB MB Kedah telah menyempurnakan majlis perasmian Mesra Rakyat peringkat Daerah Baling, Majlis yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk khususnya di DUN Bayu ini dimulakan dengan perarakan 200 buah motorsikal mengiringi YAB MB Kedah ke tapak perasmian di Padang Awam Kg.Lalang. Pada sebelah petangnya pula YAB MB Kedah diberi penghormatan untuk merasmikan penubuhan cawangan baru PAS yang ke 157 di Kg.Seri Kemangi, Majlis ini juga dimulakan dengan perarakan hampir 200 buah motorsikal mengiringi YAB MB Kedah ke tapak tersebut. Pada sebelah malamnya pula YB telah menghadiri majlis ahli UMNO menyertai PAS seramai 85 orang dan seramai 60 orang UMNO menyertai PKR di Kg.Ulu Tawar Tengah, DUN Kupang, Majlis yang meriah ini turut dihadiri YB Dato`Ustz.Aishah Ghazali yang menerima borang keahlian PAS, YB Dato`Johari Abdul yang menerima borang keahlian PKR,Ust Abd Wahab Hassan, YDP Pas Kawasan Baling serta pimpinan Pas,pemuda dan muslimat Kawasan Baling.

( PAGI) SEKITAR MAJLIS MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH BALING.

Sukaneka untuk kanak-kanak turut diadakan untuk menyerikan lagi majlis Mesra Rakyat.

Muslimat juga turut serta mengambil bahagian dalam Sukaneka Mesra Rakyat.

Pasukan Hijau kuning disambut meriah peminat bolasepak khususnya di Daerah Baling.

Konvoi motorsikal mengiringi YAB MB Kedah ke tapak perasmian Mesra Rakyat.

YAB MB Kedah bersama tetamu VIP di pentas utama.

YAB MB Kedah berucap merasmikan Mesra Rakyat peringkat daerah Baling.

YAB MB Kedah menyerahkan bantuan kepada pengusaha yang terpilih.



( PETANG) SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN CAWANGAN PAS BALING YANG KE 157

Konvoi mengiringi YAB MB Kedah ke majlis perasmian penubuhan cawangan baru Pas.
YAB MB Kedah berucap merasmikan penubuhan Pas cawangan Kg.Seri Kemangi

YAB MB Kedah menandatangani pada plak perasmian

YB Ust Abd Ghani Ahmad menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

YAB MB Kedah turut menyerahkan wang kafalah kepada waris.
En.Rozeme Che Meh, Ketua penaja Pas cawangan Seri Kemangi menyerahkan sepohon anak pokok kemangi kepada YAB MB Kedah sebagai tanda kenangan.

YAB MB Kedah bersama pimpinan Pas Baling menjamu selera selepas majlis perasmian.

Bergambar Kenangan bersama pemuda Pas cawangan Kg.Seri Kemangi.

( MALAM)  MAJLIS PENYERAHAN BORANG AHLI PAS DI DUN KUPANG.

 
YB Cikgu johari berucap meraikan ahli UMNO yang menyertai PAS dan PKR

Seorang wakil bekas ahli UMNO menyerahkan borang keahlian PKR kepada YB Dato`Johari Abdul.

Bekas S/U JKKP menyerahkan borang keahlian Pas kepada YB Dato`ustz.Aishah Ghazali sambil diperhatikan Pimpinan Pas Kawasan Baling.

YB Dato`ustz.Aishah Ghazali sedang berucap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan