Isnin, 19 Mac 2012

Melawat Mangsa Ribut

Program    : Melawat Mangsa Ribut Di DUN Kupang.
Tarikh: 17 Mac 2012.
Masa:  6.30 petang & 9.00 malam.
Tempat: Kg.Lanai, Kg.Sungai Tembak, Kg.Charok Salang DUN Kupang.
Catatan        : Lebih 50 keluarga di tiga buah kampung dalam DUN Kupang terlibat dengan ribut yang melanda kawasan Baling pada petang ini, Setelah menerima berita daripada ketua-ketua kampung yang terlibat, YB terus turun untuk meninjau sendiri kesan bencana yang menimpa penduduk..Semua MKK turut mengiringi YB semasa lawatan tersebut dan pejabat SKWAT turut dibuka pada malam tersebut bagi memudahkan MKK menghantar lapuran berkenaan kejadian ribut.

6.30 Petang-( Kg.Charok Salang ) YB Cikgu Johari mendengar cerita daripada penduduk yang terlibat.

Keadaan sebuah gerai makan yang ranap namun peniaga serta pengunjung selamat dalam kejadian ini.

Ust.Nawi lbrahim, MKK Kg.Charok Salang memperkatakan sesuatu kepada YB.

YB Cikgu Johari melihat keadaan sebuah rumah yang dihempap pokok.

9.00 Malam-( Kg.Lanai ) YB Cikgu Johari melihat sebuah lori yang turut di hempap pokok.

En.Mohd Hassan Mohd Rawther, MKK kg.Lanai membawa YB melawat rumah yang terlibat dalam kejadian ribut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan