Ahad, 26 Februari 2012

YB Penuhi Jemputan Rakyat

Program    : Pelbagai jemputan yang diterima YB dipenuhi.
Tarikh: 25 Februari 2012.
Masa
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Pelbagai jemputan yang diterima YB pada hari ini dapat dipenuhi, Program yang bermula daripada jam 8.00 pagi untuk melepaskan peserta kayuhan basikal anjuran sebuah NGO daerah Baling yang akan menjelajah ke Thailand, Selesai menziarahi 3 jenazah, Pada jam 11.30 pagi YB memenuhi jemputan perasmian penutup perkhemahan pengakap daerah Baling yang diadakan di SMK Jerai, Kupang. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ini turut disertai pelajar daripada 9 buah SMK dan 16 SK di daerah Baling. Pada jam 12.00 tengahari YB terus ke program majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Hari Keluarga Amanah Ikhtiar ( AIM ) Malaysia Zon Parit Panjang yang disertai hampir 20 cawangan, Majlis yang meriah ini dihadiri hampir 600 orang sahabat AIM serta keluarga dan penyelia di daerah Baling..

KAYUHAN AMAL NGO DAERAH BALING




PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH BALING






PERASMIAN PENUTUP HARI KELUARGA AIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog