Ahad, 12 Februari 2012

Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah

Program    : Majlis Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah Peringkat Daerah Kuala Muda.
Tarikh: 11 Februari 2012
Masa: 10.00 pagi.
Tempat: Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda.
Catatan        : Daerah Kuala Muda kali ini telah dipilih menjadi tuan rumah untuk majlis mesra rakyat Kerajaan Negeri kedah. Majlis yang bertujuan mendekatkan antara pemimpin dan rakyat itu merupakan program di bawah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang diwujudkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat. Pelbagai agensi Kerajaan Negeri terlibat serta pelbagai aktiviti seperti ziarah dan sumbangan, gotong-royong majlis dialog bersama nelayan dan lain-lain lagi.

Setelah selesai majlis perasmian yang disempurnakan oleh YAB MB Kedah, YB Cikgu Johari dijemput untuk merasmikan majlis ihtifal kali pertama dan penyampaian sijil kepada pelajar di Pusat Rawatan Dan Pemulihan Nur Al-Barakah di Kg.Hj.Kudong, Pengetua pusat ini, Ust.Mat Tormizi Bin Mad Arof merupakan bekas murid YB sewaktu menuntut di sekolah Yayasan Al-Khairiah, Kupang suatu ketika dahulu.

Menurut pengetua pusat ini seramai 21 orang pelajar akan dihantar untuk melanjutkan pengajian di Yaman, Pelajar di pusat ini adalah terdiri daripada remaja yang pernah terlibat dengan dadah dan menjalani pemulihan di pusat ini.

YB Cikgu Johari menyambut kehadiran YAB MB Kedah ke majlis perasmian Program Mesra Rakyat

YAB MB Kedah merasmikan Program Mesra Rakyat

YB Cikgu Johari berucap merasmikan majlis penyampaian sijil

YB Cikgu Johari menyampaikan sijil kepada pelajar sambil diringi Ust Mat Tormizi (dua kiri)



YB Cikgu Johari menghadiri majlis kenduri kahwin anak Hj Mohd Sabu di Kg.Guar Petai, Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog