Selasa, 24 April 2012

Melawat Mangsa Banjir Kilat

Program    : Ziarah Dan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kilat.
Tarikh:23 April 2012.
Masa: 11.00 Pagi.
Tempat: Kg.Batu 8,Tanjung Pari, DUN Bayu.
Catatan        : YB bersama Pimpinan Pas Kawasan Baling telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada 11 buah rumah yang terlibat dengan kejadian banjir kilat yang merlaku pada malam tadi, Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ust Md.Juki Ahmad (Pengarah MTD Bayu), Ust Hilmi Wahab (Ketua Penerangan Pas Kaw.Baling), Ust Ashri Abd Rahman (S/U DPP Baling) dan MKK kampung tersebut.

Ust Hilmi Wahab menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir kilat sambil diperhatikan YB Cikgu Johari dan Ust Ashri






Ust Md Juki Ahmad menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir kilat.

YB Cikgu Johari tidak melepaskan peluang menziarahi seorang pesakit sewaktu melawat mangsa banjir kilat di kampung tersebut

Isnin, 23 April 2012

Pelancaran BERSIH 3.0 Peringkat Kawasan Baling

Program    :Perasmian BERSIH 3.0 Peringkat Kawasan Baling.
Tarikh: 21 April 2012.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Pekan Malau, DUN Kupang.
Catatan        : YB Dato`Mahfuz Omar telah hadir dan merasmikan majlis pelancaran BERSIH 3.0 peringkat kawasan Baling, Hampir 4000 orang hadir dalam majlis tersebut dan majlis dimulakan dengan perarakan lebih 100 buah motorsikal yang mengiringi YB Naib Presiden Pas itu ke tapak ceramah, Turut berucap dalam majlis tersebut adalah YB Dato`Johari Abdul (MP Sg.Petani) serta beberapa orang pimpinan DHPP Negeri Perak.

YB Cikgu Johari turut berucap dalam majlis tersebut.


YB Dato`Mahfuz memberikan kata-kata semangat kepada hadirin.

Ahad, 22 April 2012

YB Melancarkan Gerak kerja PRU 13 Bagi UPU Parit Panjang.

Program    : Majlis Pelancaran Gerak Kerja PRU 13 Peringkat UPU Parit Panjang.
Tarikh: 20 April 2012.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Markaz UPU Parit Panjang, Pekan Parit Panjang.
Catatan        : Selaku TYDP Baling, YB telah dijemput untuk berucap merasmikan gerak kerja PRU 13 peringkat UPU Parit Panjang, Dalam majlis tersebut juga petugas pemuda diraikan dengan jamuan BBQ.


YB MENGUCAP SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI KEPADA PESERTA UMRAH

YB Melawat Pesakit Di Wad Hospital Baling

Program    : Menziarahi Dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Pesakit Di Wad Hospital Baling.
Tarikh: 20 April 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Wad 3 Hospital Daerah Baling.
Catatan        : Menjadi rutin bulanan YB akan menziarahi pesakit yang terlantar di Wad-wad samada di Hospital Baling dan Sungai Petani, Pada petang tersebut YB meluangkan masa menziarahi pesakit di wad Hospital Baling.


YB Cikgu Johari bertanyakan sesuatu kepada En.Mad lsa mangsa yang terkena tembakan sewaktu berburu di Air Tepus baru-baru ini.


MELAWAT KEMATIAN KAUM TIONGHUA

YB Cikgu Johari melawat kematian Kaum Tionghua di Taman Anggerik Baling.

Khamis, 19 April 2012

YB Serah Bantuan Kepada Mangsa Ribut

Program    : Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Ribut.
Tarikh: 19 April 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Surau Kg.Sera Bawah, DUN Bayu.
Catatan        : Seramai 37 orang mangsa ribut di Kg.Sera hari ini telah menerima bantuan khas daripada Kerajaan Negeri Kedah dan telah disampaikan oleh YB, Majlis yang diadakan di surau kampung tersebut turut dihadiri Ust.Hilmi Wahab (Ketua Penerangan Pas Kawasan Baling),Ust Ashri Abd Rahman (Setiausaha DPP Baling),Cikgu Abd Kader Rani (Setiausaha SKWAT) dan Rajendran (Pengerusi DHPP Baling).


YB Cikgu Johari sedang berucap kepada sebahagian mangsa ribut.

Ust Ashri menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut.


Ust Hilmi wahab turut menyerahkan sumbangan


YB Cikgu johari menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut.


Rabu, 18 April 2012

YB Melawat Pusat Hemodialisis Seroja

Program    : Lawatan Dan Sumbangan Kepada Pesakit Dan Kakitangan.
Tarikh: 16 April 2012.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Pusat Hemodialisis Seroja, Pekan Batu 42, Baling.
Catatan        :YB meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 24 orang pesakit dan kakitangan di pusat tersebut, Setelah selesai menyampaikan sumbangan dibawa melawat ke sekitar ruang bilik operasi dan diberi taklimat oleh Pengarah pusat tersebut, Hadir sama semasa lawatan ini ialah Hj Nawawi Ahmad, Ahli Majlis Daerah Baling.

YB Cikgu Johari diiringi Pengarah Pusat Hemodialisis Seroja melawat pesakit.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit.

Kakitangan juga turut menerima cenderahati daripada YB.

Penampilan Sulung TS Kader Sheikh Fadzil Di Pentas Pas

Program    : Amanat Pimpinan Pas Kepada Jentera PRU 13.
Tarikh: 15 April 2012.
Masa: 9.30 Malam.
Tempat: Padang Awam Pekan Kupang.
Catatan        : Hampir 30,000 orang membanjiri padang awam Pekan Kupang untuk mengikuti amanat daripada pimpinan Pas sebagai persediaan menghadapi PRU13, Majlis pada malam tersebut juga menjadi satu sejarah khususnya kepada Pas kawasan Baling apabila TS Abd Kader Sheikh Fadzil muncul dan menyampaikan ceramah sulung beliau di atas pentas Pas, Antara pimpinan Pas yang berucap pada majlis tersebut adalah YB Dato`Seri TG.Hj Abd.Hadi Awang, Presiden Pas, YB Dato`Mahfuz Omar, Naib presiden, YAB.Dato`Seri DiRaja Ust Azizan Razak, Pj.Pas Kedah dan Tan Sri Abd Kader Sheikh Fadzi, Bekas Menteri Penerangan dan di pengerusikan oleh Hj sanusi Md Noor, Ketua Penerangan Pas Kedah.

ANTARA PROGRAM PRESIDEN PAS DI KAWASAN BALING 
.
PRESIDEN PAS RASMI MARKAZ PAS PEKAN KUALA PEGANG, DUN KUPANG.
TG Hj Hadi bersama TS Kader dan Ust Musoddak sebelum majlis perasmian.

TG Hj Hadi menulis dalam buku pelawat sambil diperhatiakan isteri.

TG Hj Hadi menandatangani pada plak perasmian.


YB Cikgu Johari menikmati jamuan sempena perasmian Markaz Pas Pekan Kuala Pegang bersama YAB MB Kedah dan YB Hj Mad Zuki Yusof (kanan)

TG Hj Hadi menerima cenderahati kenangan daripada wakil Pas cawangan pekan kuala Pegang.

TS Kader memperkatakan sesuatu kepada TG Hj Hadi.

GAMBAR KENANGAN- Bersama pimpinan Pas cawangan pekan kuala Pegang.

CERAMAH AMANAT PIMPINAN
Dato`Mahfuz berucap dengan penuh semangat

YAB Ust Azizan menerangkan pencapaian kerajaan PR.

TS Abd Kader dalam penampilan sulungnya di atas pentas Pas.
TG Hj Hadi menyampaikan amanat kepada hadirin.


Pj Pas Kedah Rasmi Mesyuarat Agung Pas Kawasan Baling Kali Ke 53.

Program    : Mesyuarat Agung Pas Kawasan Baling Kali Ke 53
Tarikh: 14 April 2012.
Masa: 9.30 Pagi.
Tempat: Dewan Tun Abd.Razak, Baling.
Catatan        : YAB.Dato`Seri DiRaja Ust Azizan Abd Razak telah merasmikan mesyuarat agung Pas kawasan Baling bagi kali yang ke 53, Majlis perasmian yang diadakan di dewan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para perwakilan dan pemerhati dari hampir seluruh cawangan-cawangan Pas di kawasan Baling.

SUASANA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BALING KE 53

Dari Kiri : TG Hj Abd Wahab Hassan (YDP Pas Kaw.Baling), YAB.Ust Azizan Razak (Pj Pas Kedah), YB Cikgu Johari (TYDP Pas Kaw.Baling), YB Hj Md Zuki (Ajk Pas Kaw.Baling) menyanyikan lagu rasmi Pas.

Sebahagian daripada pimpinan Pas Kawasan Baling dan YAB.Pj.Pas Kedah mengenakan selendang BERSIH 3.0

Sebahagian daripada tetamu dan perwakilan lelaki memenuhi dewan

Sebahagian Perwakilan dan pemerhati muslimat.

Para hadirin sedang khusyuk mendengar ucapan perasmian.

YAB.Ust Azizan sedang berucap merasmikan mesyuarat agung Pas kawasan Baling.

YAB.Ust Azizan menyampaikan sumbangan peribadi kepada pelajar cemerlang daerah Baling.

YAB.Ust Azizan menerima cenderahati kenangan daripada Pas kawasan Baling.

Arkib Blog