Jumaat, 3 Februari 2012

Rasmi Kursus Haji Masjid Kg.Badang

Program    : Perasmian Kursus Haji Dan Umrah Siri 4 Masjid Kg.Badang.
Tarikh: 3 Januari 2012
Masa: 9.30 pagi.
Tempat: Masjid Kg.Badang, DUN Kupang.
Catatan        : Masjid Qariah Kg.Badang sekali lagi menganjurkan kursus Haji dan Umrah bagi siri ke4 bermula hari ini, Majlis ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Tabung Haji Daerah Kulim, Seramai lebih 60 orang peserta hadir dalam majlis tersebut, YB Cikgu Johari telah dijemput bagi merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan perasmian tersebut beliau memaklumkan bahawa  pihak Tabung Haji Daerah Baling telah mengwujudkan satu tabung khas kepada anak-anak yatim seramai lebih 600 orang yang telah mendaftar di pejabat Pusat Khidmat ADUN Kupang (SKWAT), Penderma bolehlah menderma dimana-mana pejabat Tabung Haji Daerah berdekatan.

Sempena majlis perasmian kursus Haji dan Umrah kali ke4 ini YB telah menyerahkan 1set Skrin LCD kepada pihak masjid Kg.Badang untuk kegunaan peserta kursus dan lain-lain aktiviti masjid, Hadir sama dalam majlis perasmian ini ialah Hj.Hanifah Bin Hj.Kamarudin, Pegawai Tabung Haji Daerah Kulim, Ust.Fikri, lmam Masjid Kg.Badang, Penceramah Kursus Haji dan Umrah dan peserta kursus.

YB Cikgu Johari sedang menyampaikan ucapan perasmian

Menyerahkan Set Skrin LCD kepada lmam Masjid Kg.Badang
Hj.Hanifah sedang menyampaikan ucapan aluan

Bergambar bersama Jawatankuasa penganjur kursus



Menjengah Ke Program ``JOM MENGIMARAHKAN MASJID KITA``
YB Cikgu Johari meluangkan masa pada tengahari tadi melawat ke gerai-gerai yang yang dibuka sempena program tersebut yang mendapat sambutan hebat daripada penduduk sekitar, Majlis yang diadakan sehari suntuk di Masjid Kg.Charok Bemban,Kupang itu diisi dengan pelbagai acara dan pelbagai agensi kerajaan mengambil bahagian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog