Jumaat, 30 November 2012

MANGSA BANJIR TERUS DIBANTU

Program    : Sumbangan Kepada Mangsa Banjir
Tarikh: 30 November 2012.
Masa: 10.30 Pagi.
Tempat: Kg.Tanjung Merbau, Pulai.
Catatan      Seramai 78 keluarga yang terlibat dengan banjir baru-baru ini telah menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada YB Cikgu Johari, Majlis yang diadakan di perkarangan surau itu mendapat kerjasama daripada pihak penduduk kampung, Turut hadir semasa penyampaian sumbangan ini ialah Ust.Zulkifli Jusoh ( Naib Ketua DPPB ) serta Ajk DPPB, Cikgu Abd.Kadir Rani ( S/U SKWAT ) dan En.Alias Salleh ( MKK Kg.Tanjung Merbau ).

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
YB Cikgu Johari sedang berucap kepada mangsa-mangsa banjir di perkarangan Surau Kg.Tanjung Merbau Pulai.

YB Cikgu Johari meyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir sambil dibantu Ust Zulkifli Jusoh ( Tengah ).

En.Alias Salleh ( Kiri ) membantu mengagihkan sumbangan kepada penduduk.

Khamis, 29 November 2012

ADUN KUPANG HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR

Program    : Sumbangan Kepada Mangsa Banjir.
Tarikh: 28 November 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg,Seberang Pekan Baling ( DUN Bayu ).
Catatan        : YB meluangkan masa menziarahi beberapa buah rumah yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini, Turut mengiringi YB semasa ziarah dan sumbangan ini ialah  MKK Kg.Seberang Baling, En.Abu Bakar Husin dan Ajk MKK.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang mangsa banjir semasa beliau menziarahi kampung tersebut.

TERHARU !!! ltulah perasaan seorang mangsa banjir sewaktu beliau menerima kunjungan YB Cikgu Johari dan rombongan.
EN.Abu Bakar Husin ( Kiri ) memperkatakan sesuatu kepada YB Cikgu Johari semasa ziarah dan sumbangan .
YB Cikgu Johari dibawa meninjau kawasan yang dilanda banjir 

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR KG. LUBUK PEDATI

Program    : Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kg Telok Pedati
Tarikh: 28 November 2012.
Masa: 3.00 petang.
Tempat: Dewan Surau Kg.Lubuk Pedati (Dun Bayu)
Catatan       :  Seramai 21 keluarga di Kg.Lubuk Pedati telah menerima sumbangan barangan dapur daripada YB, Majlis yang diadakan di dewan Surau itu turut dihadiri MKK Kg.Lubuk Pedati, En.Jan Mohd Bin Tajul Mohd, Setelah selesai majlis di kampung tersebut, YB terus ke kampung Seberang Pekan Baling untuk menyampaikan sumbangan kepada 6 keluarga yang turut terlibat dengan banjir.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir.

Sebahagian dari penerima sumbangan yang berhimpun di Dewan Surau KgLubuk Pedati

MELAWAT KEROSAKAN SELEPAS BANJIR
YB Cikgu Johari dibawa melawat sebatang jalan minitar yang rosak akibat hakisan selepas banjir.

En.Jan Mohd memperkatakan sesuatu kepada YB Cikgu Johari semasa dibawa melawat sebatang titi besi yang rosak

Selasa, 27 November 2012

ADUN KUPANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Program    : Melawat Dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir.
Tarikh: 24 November 2012.
Masa: 10.00 Malam.
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Beberapa buah kampung terlibat dengan banjir yang melanda baru-baru ini di DUN Kupang dan Bayu, YB bersama petugas sukarela dan Unit Amal kawasan Baling turun padang bagi menziarahi serta membantu beberapa keluarga untuk mengangkat barangan serta menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada keluarga yang dipindahkan ke tempat penempatan sementara.

YB Cikgu Johari melihat kerja gotong-royong memasak di pusat penempatan banjir.
YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir.
YB Cikgu Johari turut menziarahi seorang kanak-kanak OKU semasa rumah mereka juga turut dinaiki air.

YB Cikgu Johari membantu memindahkan barangan ke tempat selamat.



YB Cikgu Johari mengagihkan barangan kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara.



Petugas Unit Amal Baling membantu memindahkan barangan di sebuah kedai runcit di Pekan Kupang.


Rabu, 14 November 2012

PERJUMPAAN BERSAMA MASYARAKAT SIAM BALING

Program    : Perjumpaan Masyarakat Siam Baling Bersama EXCO Kerajaan Negeri Kedah.
Tarikh: 6 November 2012.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Dewan Orang ramai, Kg.Simpang Empat, Baling.
Catatan        : Pengerusi Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato`S.Manikumar meluangkan masa bertemu serta menyampaikan taklimat perkembangan pentadbiran kerajaan negeri khususnya berkaitan dengan masyarakat Siam di negeri Kedah, Beliau yang turut diiringi YB Cikgu Johari, En.lsmadi Abd Kadir, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Kedah serta En.Voon Chyee Liang, MKK Kg.Simpang Empat turut dibawa melawat ke beberapa tempat dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi masyarakat ini sejak sekian lama.

YB Dato`S Manikumar dan YB Cikgu Johari disambut  pemimpin masyarakat Siam Kg.Simpang Empat Baling.
En.Rosli Abu Bakar, Setiausaha MTD Bayu ( Kanan ) berucap dalam majlis taklimat kepada masyarakat Siam

YB Cikgu Johari turut berucap, Turut kelihatan Ust Md Juki Ahmad, Pengarah MTD Bayu ( Dua Kanan ).

En lsmadi Abd Kadir menerangkan program yang telah dilaksanakan Kerajaan negeri Kedah khususnya yang melibatkan masyarakat Siam.
YB Cikgu Johari sedang mendengar sesuatu yang diperkatakan salah seorang waris simati sewaktu menziarahi kematian di Kg.Simpang Empat.

Ahad, 11 November 2012

ADUN KUPANG SAMPAIKAN SUMBANGAN IPTA

Program    : Majlis Penyampaian Sumbangan IPTA Peringkat DUN Kupang & Bayu.
Tarikh: 6 November 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Dewan Terbuka SKWAT DUN Kupang.
Catatan        : Seramai lebih 100 orang pelajar IPTA di DUN Kupang dan Bayu telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah, Majlis ini juga turut dihadiri En.lsmadi Abd Kadir, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YAB.Menteri Besar Kedah, Hj Zaini, Penolong Pegawai Daerah Baling, Ust Md.Juki Ahmad, Pengarah MTD Bayu serta pimpinan PAS kawasan Baling.

En.lsmadi Abd Kadir ( Kanan ) sedang berucap semasa majlis penyampaian sumbangan IPTA peringkat DUN Kupang dan Bayu.

YB Cikgu Johari turut menyampaikan ucapan kepada pelajar IPTA dan waris semasa majlis penyerahan sumbangan
Para pelajar dan waris yang hadir ke majlis penyerahan sumbangan IPTA.
Hj Zaini menyerahkan sumbangan IPTA kepada seorang penerima sambil dibantu Ust Md Juki Ahmad ( Dua Kiri )

Seorang waris menerima sumbangan IPTA yang disampaikan oleh Hj Zaini.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan IPTA kepada seorang pelajar.


Minum petang bersama pimpinan PAS kawasan Baling setelah selesai majlis penyerahan sumbangan IPTA

HARI PELADANG,PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI KEDAH 2012

Program    : Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2012.
Tarikh: 5 November 2012.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Catatan        : YB telah menghadiri majlis lawatan DiRaja ke majlis sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah 2012 yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman, Setelah selesai majlis tersebut YB sempat menziarahi kematian seorang kaum Tionghua di Taman Emas, DUN Kupang.

Tunku Bendahara Kedah menghadiri Majlis Keberangkatan DiRaja ke Sambutan Hari Peladang peringkat negeri Kedah.

YB Dato`Amiruddin Hamzah menyerahkan cenderahati kepada isteri Tunku Bendahara Kedah.
YB Cikgu Johari tekun mendengar sesuatu yang diperkatakan seorang tetamu jemputan sambil diperhatikan Pengarah Pertanian Negeri Kedah ( Kiri )

YB Cikgu Johari bergambar kenangan bersama Pengarah Pertanian Negeri Kedah dihadapan gerai jualan produk pertanian milik Hj.Al-Sanadi Hj Bukhari dari Baling ( Kanan ) yang berjaya memenangi anugerah Peladang Jaya 2012 peringkat negeri Kedah.

Pengarah Pertanian Negeri Kedah menyampaikan cenderahati daripada Hj Al-Sanadi Hj Bukhari kepada Ust Ghani Hj Ahmad, EXCO Kerajaan Negeri Kedah

YB Cikgu Johari menyampaikan cenderahati daripada Hj Al-Sanadi Hj Bukhari kepada Pengarah Pertanian Negeri Kedah

YB Cikgu Johari bergambar kenangan bersama Hj Al-Sanadi Hj Bukhari, Pemenang Anugerah Peladang Jaya peringkat Negeri Kedah 2012 ( Dua Kiri ) di hadapan gerai jualan produk beliau.

YB Cikgu Johari melawat kematian kaum Tionghua di Taman Emas, DUN Kupang.

YB Cikgu Johari menandatangan pada buku sumbangan sambil diperhatikan En.Law Eng Oong, MKK Pekan Pulai ( Tengah )
4/11/2012- YB Cikgu Johari melihat kepala En.Azhar Ahmad yang tempurung kepalanya terpaksa di buang selepas pembedahan, Beliau kini tinggal di Kg.Sadek, DUN Kupang.

ADUN KUPANG PUNYAI JADUAL YANG PADAT

Program    : ljtima`PAS Kedah / Sambutan Jemaah Haji / Sepetang Bersama Penduduk & BBQ Bersama Pemuda PAS.
Tarikh: 3 November 2012.
Catatan        : Bermula jam 9.00 pagi, YB bersama pimpinan PAS Kawasan Baling telah menghadiri ljtima`PAS Kedah yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Batu 9 Kota Sarang Semut,Selesai majlis tersebut YB terus bergegas pulang ke kawasannya untuk menghadiri majlis menyambut kepulangan kumpulan pertama para jemaah haji dari daerah Baling, Majlis yang diadakan di perkarangan Surau Taman Mesra Kupang ini turut dihadiri keluarga serta pimpinan PAS kawasan Baling, Selesai meraikan para jemaah haji, YB terus menghadiri majlis Sepetang Bersama Penduduk di Kg.Mengkuang Masjid, YB turut menyampaikan sedikit ucapan kepada penduduk dan sempat mengadakan lawatan ke rumah-rumah bagi menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang uzur serta dhaif, Pada sebelah malamnya pula YB menghadiri majlis BBQ Anak Muda anjuran pemuda PAS cawangan Kg.Memali di DUN Bayu.

IJTIMA` PAS KEDAH
YB Cikgu Johari ditemani TG.Abd Wahab Hasan, YDP Pas Kawasan Baling ( Kanan ) sedang membuat pendaftaran peserta ljtima`PAS Kedah.

YB Salahudin Ayob, Naib Presiden PAS sedang menyampaikan ucaptama ljtima` PAS Kedah.
YAB.Dato`Seri DiRaja Ust.Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah turut menyampaikan amanat, Turut kelihatan YB Cikgu Johari ( Duduk Kiri ) bersama Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah di pentas utama.


 
Sebahagian Ahli PAS memenuhi dewan Kompleks PAS Kedah Batu 9 Kota Sarang Semut.

Ahli PAS mendengar amanat yang disampaikan pimpinan PAS semasa ljitima` PAS Kedah.
  
SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI KE TANAH AIR.

YB Cikgu Johari bersama ahli keluarga sedang menanti bas yang membawa jemaah haji tiba di Surau Taman Mesra Kupang.
Kelihatan ahli keluarga memenuhi perkarangan Surau Taman Mesra Kupang.
Bas yang membawa para jemaah haji selamat sampai dan disambut ahli keluarga jemaah haji.
YB Cikgu Johari sempat bertanya khabar kepada jemaah haji yang menemui beliau.

YB Cikgu Johari memeluk seorang jemaah haji dan mengucapkan selamat kembali tanah air.


SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.MENGKUANG MASJID

YB Cikgu Johari minum petang bersama penduduk di Makaz PAS Kg.Mengkuang Masjid.
YB Cikgu Johari menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas yang uzur.

YB Cikgu Johari menjengah sebuah rumah yang di diami seorang warga emas. Turut mengiringi beliau ialah En.Abd Majid, MKK Kg.Mengkuang Masjid ( Kiri ).

YB Cikgu Johari menziarahi seorang muslimat yang baru bersalin.


YB Cikgu Johari menziarahi seorang OKU.



BBQ ANAK MUDA KG.MEMALI
YB Cikgu Johari sedang menjamu selera semasa menghadiri majlis BBQ Anak Muda Kg.Memali, Turut kelihatan Ust Hilmi Wahab ( Dua Kiri ) dan Ust Zulkifli Jusoh, Naib Ketua DPPB ( Kiri ).