Selasa, 9 Mac 2010

PIKIR LA SENDIRI

Assalamualaikum….
Kerajaan tetap akan laksanakan GST(cukai perkhidmatan yang akan dikenakan kepada semua rakyat).. Hujahnya.. Tidak membebankan rakyat…Baru 4%... sikit saja tu..Tapi yang menarik, cukai import dan jualan buggy golf(cukai orang kaya dihapuskan) boleh plak dimansuhkan..Cukai import dan cukai jualan 15% (10% + 5%)... Agaknya matematik aku tak pandai..4% lagi banyak dari 15%....Ni bukan fitnah, hangpa baca la sendiri attachment ni.. ni aku bagi link lagi..http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/8/nation/5817214&sec=nationAntara yang dok berpeluh pukui bola golf di padang golf sebagai hobi dengan yangdok berpeluh keja tengah hangat nak cari rezeki bagi makan anak bini, mana lagi ramai?Slogan 1 Malaysia kata rakyat diutamakan…… hangpa pikiaq la kediri….Rakyat main golf diutamakan agak2nya..Thank you,Best Regards,AzamAdmin : Nie pulak kata manis pak menteri... makan la hangpa gula-gula nie sedap oooo....
09 March 2010

2 tahun Usia Pakatan Rakyat di Kedah...
MB lega dua tahun tadbir Kedah
ALOR SETAR- Usia dua tahun pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pas memberi kesejahteraan kepada rakyat di negeri ini dengan memastikan setiap masalah diselesaikan.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kehidupan yang aman dinikmati oleh rakyat perlulah dijaga supaya Pas kekal dapat mentadbir Kedah.Menurutnya, pemantauan sentiasa dilaksanakan untuk memastikan rakyat dapat mengecapi kesejahteraan walaupun Pas mentadbir negeri ini dengan penuh cabaran.“Saya berasa lega dengan usia pentadbiran yang genap dua tahun dan berharap pentadbiran ini dapat diteruskan sehingga menjelang pilihan raya akan datang.“Kita juga tidak mempunyai sebarang masalah selama dua tahun memerintah dan jika ada sekalipun masalah itu tidak serius serta dapat diselesaikan,” katanya.Azizan berkata, beliau turut meletakkan harapan pada pemimpin di negeri ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Exco untuk meningkatkan usaha mereka bagi memastikan kesejahteraan rakyat.Azizan berkata, pemimpin bukan sahaja dinasihatkan untuk tingkatkan prestasi malahan mereka perlulah melebihkan sumbangan berbentuk kebajikan kepada rakyat agar moto ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ dapat dicapai.Sementara itu, ahli Pakatan Rakyat (PR) mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Menteri Besar yang sentiasa memikirkan pembaharuan untuk kemajuan negeri.ADUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik berkata, rakyat sentiasa diberi keutamaan oleh Menteri Besar.“Kerajaan Negeri tidak pernah memungkiri janji dengan mengabaikan kebajikan rakyat namun tugas yang dilaksanakan tidak dihebohkan.“Walaupun diperintah oleh Pas namun kebajikan semua kaum diberi dengan adil,” katanya.Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan dan Penerangan, Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, perubahan besar yang dilakukan oleh rakyat pada pilihan raya yang lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan pembaharuan di sektor pentadbiran.Dr Hamdan berkata, perubahan yang dimahukan oleh Kerajaan Negeri itu sememangnya tidak dapat dilaksanakan dengan cepat untuk memastikan kemajuan berterusan.“Kerajaan Negeri dapat memerintah dengan baik walaupun dua tahun dan bukti yang dapat diberikan kepada rakyat adalah 60 peratus manifesto yang dibuat oleh Pas telah pun dilaksanakan.“Pemerintahan yang penuh dengan cabaran masih dapat dilaksanakan dengan baik, hanya menggunakan keupayaan yang ada pada Kerajaan Negeri,” katanya.