Rabu, 26 Disember 2012

SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH KEPADA ANAK YATIM DAERAH BALING.

Program    : Sumbangan Pakaian Sekolah Kepada Anak-anak Yatim Daerah Baling.
Tarikh: 25 Disember 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Perkarangan Pejabat SKWAT Kupang.
Catatan        : Seramai lebih 600 orang anak yatim menerima sumbangan pakaian sekolah daripada YB Cikgu Johari Abdullah, Majlis ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pejabat SKWAT Kupang, Antara pimpinan yang hadir bagi meraikan anak-anak yatim ini ialah Ust Lutfi Ariffin ( Ketua Urusan Ulama`Pas Kawasan Baling), Ust Hilmi Wahab (Ketua Penerangan Pas Kawasan Baling), Ust Zulkifli Jusoh (Naib Ketua DPP Baling), Ust Mahmud Yaakob ( Tim.Pengarah MTD Bayu), Cikgu Abd Kader Rani ( S\U SKWAT Kupang) serta AJK Pas,Pemuda,Muslimat Pas Kawasan Baling.

SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH KEPADA ANAK YATIM DAERAH BALING

Sebahagian daripada anak-anak yatim dan waris memenuhi dewan terbuka pejabat SKWAT Kupang untuk menerima sumbangan pakaian sekolah.

YB Cikgu Johari sedang berucap dalam majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah kepada anak-anak yatim.

YB Cikgu Johari menyerahkan beg sekolah dan kupon kepada seorang anak yatim sambil dibantu Ust.Lutfi Ariffin ( Tiga Kiri ).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan