Jumaat, 21 Disember 2012

ADUN KUPANG RAI PESERTA ARC NEGERI KEDAH

Program    : Majlis Makan Malam Kelab Motorsikal Negeri Kedah & Pelancaran Alternative  Ridding Club (ARC) Sg.Petani.
Tarikh: 20 Disember 2012.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sg.Petani.
Catatan        : YB Cikgu Johari dijemput menggantikan YB Dato`Dr.Hamdan Mohd Khalid, EXCO Sukan Negeri Kedah bagi meraikan peserta kelab motorsikal negeri Kedah yang menjayakan konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini serta melancarkan penubuhan ARC peringkat kawasan Sg.Petani,Majlis makan malam ini juga turut dihadiri ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi negeri Kedah,Ajk ARC negeri Kedah serta pimpinan DPP Negeri Kedah dan PAS Kawasan Sg.Petani.

SEKITAR MAJLIS PENUBUHAN ARC SUNGAI PETANI.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan penubuhan ARC Kawasan Sg.Petani.

YB Cikgu Johari menyempurnakan majlis perasmian sambil diperhatikan YB Cikgu Abdullah Jusoh, ADUN Pantai Merdeka ( Dua Kanan ).

Turut kelihatan semasa majlis perasmian ini ialah Dari Kiri, Ust.Rosli Azmi, Pegawai Khas Belia YAB.MB Kedah, YB Cikgu Johari Abdullah, Ust.Yusof Awang, YB Cikgu Abdullah Jusoh dan Sdr.Amran Zulkifli, Pengerusi ARC Kedah.

YB Cikgu Johari meyampaikan hadiah kepada seorang ahli ARC sambil dibantu Ust.Yusof Awang ( Kanan ).

Ust.Yusof Awang menyerahkan T Shirt ARC Sg.Petani kepada YB Cikgu Johari.
Sebahagian daripada ahli kelab motorsikal negeri Kedah yang menghadiri majlis makan malam

GAMBAR KENANGAN- Bersama ahli kelab motorsikal negeri Kedah dan ARC Sg.Petani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan