Selasa, 9 Oktober 2012

YB MELAWAT KELUARGA DHAIF

Program    : Ziarah Dan Sumbangan.
Tarikh: 9/10/2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Padang DUN Kupang.
Catatan        : Setelah dimaklumkan oleh MKK Kg.Padang mengenai sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah yang amat dhaif serta dihuni 7 orang, YB Cikgu Johari terus meluangkan masa menziarahi dan menyerahkan sedikit sumbangan kepada keluarga ini, Keluarga ini yang sebelum ini menyewa rumah di Kg.Bukit Hitam namun terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar sewa, Beliau berusaha mendirikan rumah hampir 5 bulan lalu ini menggunakan elektrik yang dipinjamkan daripada jiran beliau, YB memaklumkan kepada MKK kampung tersebut mengenai langkah2 yang perlu diambil untuk membantu keluarga ini..Selepas itu YB menziarahi seorang veteran PAS yang uzur dan kini tinggal bersama isteri di rumah mereka di kampung tersebut.YB juga meneruskan aktiviti ziarah beliau di Pekan Baling untuk menziarahi keluarga yang kematian seorang ahli keluarga kelmarin.

MELAWAT KELUARGA DHAIF DI KG.PADANG DUN KUPANG.
YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang tinggal di rumah yang serba dhaif, Turut hadir  En.Abd Halim Shafie (Kanan ) dan En.Rajendran (Kiri).

Beginilah keadaan hadapan rumah, Dinding yang dibuat dari tikar getah.

YB Cikgu Johari bersama rombongan bergambar dihadapan rumah dhaif.


Bilik air sementara di luar rumah.
YB Cikgu Johari menziarahi seorang veteran PAS di Kg.Padang

YB Cikgu Johari menziarahi keluarga yang kematian seorang ahli keluarga di Pekan Baling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan