Ahad, 21 Oktober 2012

PENDUDUK LEGA TERIMA PAIP BAM DARIPADA ADUN KUPANG

Program    : Lawatan Ke Tapak Kolam Takungan Bekalan Air Masyarakat ( BAM ).
Tarikh: 21 Oktober 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Batu 8, Tanjung Pari, DUN Bayu.
Catatan        : Hampir 10 keluarga di kampung Batu 8, Tanjung Pari hari ini dapat menarik nafas lega apabila kerajaan negeri Kedah telah meluluskan permohonan yang dibuat oleh MKK kampung tersebut kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui YB Cikgu Johari Abdullah, Hampir dua minggu lepas penduduk kampung tersebut telah pun menerima polypaip dan kerja-kerja pemasangan dan saluran ke rumah penduduk yang terlibat juga telah siap dipasang.Kini penduduk yang sebelum ini mengalami masalah bekalan air masyarakat itu mula mendapat bekalan air yang sempurna.Menurut Ust.Zambri Che Teh, MKK Kg.Batu 8 sebelum ini penduduk di kawasan berkenaan mengalami masalah bekalan air yang cukup kritikal kerana pernah penduduk berkenaan menggunakan air hujan selama 2 minggu.

YB Cikgu Johari bersama penduduk meredah hutan untuk sampai ke tapak kolam BAM.
YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada penduduk semasa lawatan ke tapak kolam BAM. Turut kelihatan Ust.Zambri Che Teh ( Kanan ).
YB Cikgu Johari melihat paip air BAM yang sudah boleh digunakan.
YB Cikgu Johari berkesempatan menziarahi seorang veteran PAS di kampung Batu 8.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan