Khamis, 27 September 2012

YB MELAWAT MANGSA RIBUT DI DUN KUPANG & BAYU

Program    : Melawat & Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut.
Tarikh: 25-26/9/2012.
Masa: -
Tempat: DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Sepanjang 3 hari berturut-turut beberapa buah kampung di DUN Kupang dan Bayu dilanda ribut yang mengakibatkan banyak rumah yang rosak, YB meluangkan masa melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Hampir semua yang terlibat menerima bahan binaan untuk membaiki kerosakan daripada Pejabat Daerah Baling.

YB Cikgu Johari bersama En.Hasnul, Penghulu Mk.Kupang ( Kiri ) melawat rumah yang rosak di Kg.Charok Rambai, DUN Kupang.

Bumbung sebuah rumah di Kg.Padang, DUN Kupang yang terbang dibawa angin semasa kejadian ribut

YB Cikgu Johari bersama En.Halim Shafie, MKK Kg.Padang ( Kiri ) melihat keadaan dapur rumah yang rosak.

Bumbung sebuah rumah yang terbang dibawa angin.

YB Cikgu Johari bertanya khabar kepada penduduk semasa melawat mangsa ribut di Kg.Padang.

Hampir separuh bahagian rumah ini bumbungnya dibawa angin.

YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada seorang penduduk yang sedang membaiki rumah.

YB Cikgu Johari melihat keadaan air disebatang sungai di Kg.Tanjung, DUN Kupang yang sedang naik.
YB Cikgu Johari bersama Hj.Hamid, MKK Kg.Bandar, DUN Bayu ( Kanan ) melawat sebuah rumah yang rosak.

ZIARAH DAN SUMBANGAN

YB Cikgu Johari sempat melawat serta menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga miskin di Kg.Landak, DUN Kupang.Penerima ini yang bekerja menjual air tebu, Keluarga ini agak kesempitan akibat tidak dapat berniaga kerana ketika ini musim hujan.

SIMPATI !!! Keluarga ini tinggal di sebuah rumah sewa yang agak uzur dan dihuni 5 orang, Anak sulung keluarga ini pula sedang sakit dan terpaksa cuti sekolah.
YB Cikgu Johari menziarahi seorang pesakit ( Bekas JKK ) di Kg.Kuala Nau, DUN Kupang. Turut hadir adalah En.Ahmad Salleh, MKK Kg.Kuala Nau ( Kiri ) dan Hj.Omar Hj.Hasyim, MKK Kg.Ulu Tawar ( Dua Kanan ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan