Isnin, 17 September 2012

JAMUAN AIDILFITRI ADUN KUPANG MERIAH !!!

Program    : Jamuan Aidilfitri ADUN Kupang & PAS Kawasan Baling.
Tarikh: 16/9/2012.
Masa: 2.00 Petang.
Tempat: Tapak Pasar Tani, Batu 42 Pulai.
Catatan        : Lebih 10,000 orang menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri YB ADUN Kupang bersama PAS Kawasan Baling, Seawal jam 2.00 petang orang ramai telah berpusu-pusu membanjiri kawasan majlis jamuan ini, Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran sebahagian daripada pemain-pemain bolasepak Skuad Hijau Kuning yang diketuai Radhi Mat Din, Penolong Jurulatih bolasepak negeri Kedah, Para hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Zahran, Kanak-kanak juga turut diberikan duit raya yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Baling.

SUASANA SEKITAR MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI ADUN KUPANG


Petugas muslimat turut mengambil kesempatan bergambar bersama pemain bolasepak Kedah.

YB Cikgu Johari bersama pimpinan PAS Kawasan Baling sedang melayan pemain bolasepak Kedah yang turut hadir memeriahkan Jamuan Aidilfitri

Radhi Mat Din sedang berucap kepada peminat Skuad Hijau Kuning

Petugas pemuda dari cawangan - cawangan sedang sibuk menyediakan roti canai untuk hidangan kepada pengunjung.

Ust Hasan Saad, S/U PAS Kawasan Baling ( Kanan ) sedang meninjau persiapan yang sedang disediakan.
YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada tetamu sambil diperhatikan Hj.Faisol Md.Nor, Pegawai Daerah Kuala Muda yang turut hadir bersama isteri.

Pengunjung sentiasa sesak di semua khemah untuk menerima juadah.

kumpulan Zahran sedang menghiburkan para pengunjung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan