Sabtu, 18 Ogos 2012

YB ADUN KUPANG TURUN PADANG SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA RAKYAT

Program    : Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Rakyat.
Tarikh: 16/8/2012 Bersamaan 27 Ramadhan 1433H.
Masa
Tempat
Catatan        : Setiap kali penghujung Ramadhan YB akan sentiasa sibuk dengan majlis-majlis sumbangan kepada pelbagai golongan, Majlis yang bermula daripada pukul 9.00 pagi dan berakhir sehingga jam 6.00 petang.

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA YB ADUN KUPANG


SUMBANGAN KEPADA KAKITANGAN & PESAKIT HOSPITAL BALING

9.00 pagi- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit di wad Hemodialisis.
YB Cikgu Johari bergambar kenagan bersama kakitangan Hospital Baling,Jawatankuasa PAS Kawasan Baling, Turut hadir YB Cikgu Hj Md Zuki Yusof, ADUN Kuala Ketil ( Empat dari kiri ).

SUMBANGAN 1 MKK 10 HAMPER
10.30 pagi- Kakitangan pejabat SKWAT sibuk mengagihkan hamper kepada MKK.

En.Law Eng Oong, MKK Pekan Pulai turut hadir menerima hamper untuk diagihkan kepada penduduk di Pekan Pulai.

MKK Kupang dan Bayu hadir untuk menerima hamper

SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DI TELOK DURIAN KUPANG
3.00 petang- Hjh.Umi Kalsom, Naib Ketua DMP Baling berucap sebelum penyampaian sumbangan raya.

YB Cikgu Johari juga turut menyampaikan ucapan ringkas.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang penerima.



SUMBANGAN KEPADA GURU PASTI & SRIDU BALING.
3.30 ptang- YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis sumbangan Guru PASTI yang diadakan di perkarangan pejabat SKWAT Kupang.

Sebahagian Guru PASTI yang hadir, Turut kelihatan Ustz.Che Tah Bakar, Ketua DMP Baling ( Kanan ).

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang guru PASTI.

YB Cikgu Johari turut menyampaikan sumbangan raya kepada Guru Besar SRIDU Kupang.


Ustz.Che Tah Bakar menyampaikan sumbagan raya kepada guru PASTI.

SUMBANGAN RAYA DI KG.PADANG CINA, DUN KUPANG
4.00 petang- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang penerima.

Majlis sumbangan yang diadakan di Surau Kg.Padang Cina yang turut dihadiri En.Mohamad, MKK Kg.Padang Cina ( Kanan ).

Sebahagian penerima sumbangan Raya daripada YB Cikgu Johari

5.00 ptang- YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis yang diadakan didewan masjid Kg.Sg.Limau, Turut hadir Tuan lmam ( Tengah ) dan En.Yusuf Ahmad, MKK Kg.Sg.Limau ( Kanan ).


YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan duit raya kepada seorang anak yatim.


TERHARU.itulah gambaran seorang waris penerima wang Skim Kaffalah Kedah yang disampaikan oleh YB Cikgu Johari sambil diperhatikan En.Wahab Md.Ali, MKK Kg.Banggol Setang ( Tengah ).


Dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan kepada pemandu-pemandu teksi di Pekan Baling, YB Cikgu Johari sempat menziarahi jenazah yang sedang dikebumikan di tanah perkuburan Kg.Banggol Setang, DUN Kupang.

SUMBANGAN RAYA KEPADA PEMANDU TEKSI BALING
6.00 PETANG- YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada ahli-ahli Pemandu dan pemilik kereta sewa Baling semasa majlis sumbangan raya.

LOKASI 1- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pemandu teksi di Stesyen teksi Pekan Baling, Turut hadir adalah Ust.Md.Juki Ahmad, Pengarah MTD Bayu ( Kanan ).

Ahli Pemandu dan pemilik kereta sewa Baling sedang beratur menerima sumbangan raya daripada YB Cikgu Johari.

LOKASI 2- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pemandu teksi, Turut hadir adalah Hj.Alsanadi Bukhari, Pengerusi Syarikat Pemandu Teksi Baling Berhad ( Kanan ).

Ust Md.Juki Ahmad turut menyerahkan kad raya kepada pemandu-pemandu teksi.
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan