Selasa, 14 Ogos 2012

AKTIVITI SEPANJANG 19-20 RAMADAHAN 1433H

Program    
Tarikh
Masa
Tempat
Catatan        :

19 RAMADHAN 1433H

YB Cikgu Johari mengunjungi rumah seorang waris penerima wang kaffalah untuk menyerahkan sumbangan tersebut, Hadir sama adalah Ust Saedin Hussin,lmam Masjid Kg.Mengkuang ( Kanan ) dan En.Majid Hj.Shaari, MKK Kg.Mengkuang ( Dua Kanan ).

YB Cikgu Johari turut mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser di Kg.Mengkuang

YB Cikgu Johari menyampaikan tazkirah kepada jemaah selepas selesai menunaikan solat terawikh di Kg.Luar, DUN Bayu.

YB Cikgu Johari menyampaikan peralatan barang kenduri kepada wakil penduduk Hj.Salleh Hj.Yunus di Kg.Luar

20 RAMADHAN 1433H

YB Cikgu Johari mengadakan tahlil sebelum berbuka puasa bersama penduduk di surau Kg.Cerok Kelian Ulu, DUN Kupang.

Selesai solat terawikh di surau Kg.Banggol Asam Jawa, YB Cikgu Johari bersama En.Zakri Hashim, S/U MKK Kg.Banggol ( Kanan ) mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang lbu yang anaknya cedera tangan kerana tersepit pada mesin tebu.

YB Cikgu Johari juga turut menziarahi seorang warga emas yang uzur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan