Program | : Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Rakyat. |
Tarikh | : 16/8/2012 Bersamaan 27 Ramadhan 1433H. |
Masa | : |
Tempat | : |
Catatan : Setiap kali penghujung Ramadhan YB akan sentiasa sibuk dengan majlis-majlis sumbangan kepada pelbagai golongan, Majlis yang bermula daripada pukul 9.00 pagi dan berakhir sehingga jam 6.00 petang.
MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA YB ADUN KUPANG
SUMBANGAN KEPADA KAKITANGAN & PESAKIT HOSPITAL BALING
|
9.00 pagi- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit di wad Hemodialisis. |
|
YB Cikgu Johari bergambar kenagan bersama kakitangan Hospital Baling,Jawatankuasa PAS Kawasan Baling, Turut hadir YB Cikgu Hj Md Zuki Yusof, ADUN Kuala Ketil ( Empat dari kiri ). |
SUMBANGAN 1 MKK 10 HAMPER
|
10.30 pagi- Kakitangan pejabat SKWAT sibuk mengagihkan hamper kepada MKK. |
|
En.Law Eng Oong, MKK Pekan Pulai turut hadir menerima hamper untuk diagihkan kepada penduduk di Pekan Pulai. |
|
MKK Kupang dan Bayu hadir untuk menerima hamper |
|
SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DI TELOK DURIAN KUPANG
|
3.00 petang- Hjh.Umi Kalsom, Naib Ketua DMP Baling berucap sebelum penyampaian sumbangan raya. |
|
YB Cikgu Johari juga turut menyampaikan ucapan ringkas. |
|
YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang penerima. |
SUMBANGAN KEPADA GURU PASTI & SRIDU BALING.
|
3.30 ptang- YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis sumbangan Guru PASTI yang diadakan di perkarangan pejabat SKWAT Kupang. |
|
Sebahagian Guru PASTI yang hadir, Turut kelihatan Ustz.Che Tah Bakar, Ketua DMP Baling ( Kanan ). |
|
YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang guru PASTI. |
|
YB Cikgu Johari turut menyampaikan sumbangan raya kepada Guru Besar SRIDU Kupang. |
|
Ustz.Che Tah Bakar menyampaikan sumbagan raya kepada guru PASTI. |
SUMBANGAN RAYA DI KG.PADANG CINA, DUN KUPANG
|
4.00 petang- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang penerima. |
|
Majlis sumbangan yang diadakan di Surau Kg.Padang Cina yang turut dihadiri En.Mohamad, MKK Kg.Padang Cina ( Kanan ). |
|
Sebahagian penerima sumbangan Raya daripada YB Cikgu Johari |
|
5.00 ptang- YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis yang diadakan didewan masjid Kg.Sg.Limau, Turut hadir Tuan lmam ( Tengah ) dan En.Yusuf Ahmad, MKK Kg.Sg.Limau ( Kanan ). |
|
YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan duit raya kepada seorang anak yatim. |
|
TERHARU.itulah gambaran seorang waris penerima wang Skim Kaffalah Kedah yang disampaikan oleh YB Cikgu Johari sambil diperhatikan En.Wahab Md.Ali, MKK Kg.Banggol Setang ( Tengah ). |
|
Dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan kepada pemandu-pemandu teksi di Pekan Baling, YB Cikgu Johari sempat menziarahi jenazah yang sedang dikebumikan di tanah perkuburan Kg.Banggol Setang, DUN Kupang. |
SUMBANGAN RAYA KEPADA PEMANDU TEKSI BALING
|
6.00 PETANG- YB Cikgu Johari memperkatakan sesuatu kepada ahli-ahli Pemandu dan pemilik kereta sewa Baling semasa majlis sumbangan raya. |
|
LOKASI 1- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pemandu teksi di Stesyen teksi Pekan Baling, Turut hadir adalah Ust.Md.Juki Ahmad, Pengarah MTD Bayu ( Kanan ). |
|
Ahli Pemandu dan pemilik kereta sewa Baling sedang beratur menerima sumbangan raya daripada YB Cikgu Johari. |
|
LOKASI 2- YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pemandu teksi, Turut hadir adalah Hj.Alsanadi Bukhari, Pengerusi Syarikat Pemandu Teksi Baling Berhad ( Kanan ). |
|
Ust Md.Juki Ahmad turut menyerahkan kad raya kepada pemandu-pemandu teksi. |