Sabtu, 7 Julai 2012

YB RAI PROGRAM MUSLIMAT & PEMUDA

Program    
Tarikh: 7 Julai 2012.
Masa: 3.30 Petang.
Tempat: Padang Awam Kg.Lanai,DUN Kupang.
Catatan        : Program Sejahtera Prihatin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Prihatin Baling dengan kerjasama Pejabat Exco Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Kedah, Nisa` Negeri Kedah dan HELWA Muslimat Pas MTD Kupang. Pelbagai program dijalankan yang bermula dari jam 9.00 pagi dan selesai jam 5.00 petang, YB Cikgu Johari dijemput selaku tuan rumah untuk menyampaikan ucapan serta menyampaikan 44 sumbangan bulanan daripada MKK Kg.Lanai manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB.Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali, Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Program yang meriah ini turut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan khususnya daripada penduduk tempatan dan sekitarnya.


PROGRAM SEJAHTERA PRIHATIN

YB Cikgu Johari berucap dalam Program Sejahtera Prihatin, Turut kelihatan adalah Ustz.Che Tah Bakar, Ketua DMP Baling ( Tiga Kanan ).

Sebahagian daripada pengunjung Muslimat memenuhi khemah

YB Dato`Ustz.Ashah Ghazali berucap perasmian penutup Program Sejatera Prihatin

Salah seorang penerima sumbangan bulanan daripada MKK Kg.Lanai yang disampaikan oleh YB Dato`Ustz.Ashah Ghazali.


6.00 PETANG ~ PROGRAM ORANG MUDA GENG KITA DI KG.BUKIT KUALA KUANG,
 DUN BAYU.

Ust Ashri Abd Rahman, S\U DPP Baling berucap dalam Program Orang Muda Geng Kita.

YB Cikgu Johari turut menyampaikan ucapan

YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada seorang pemuda.
YB Cikgu Johari menyerahkan tiang gol untuk kegunaan pemuda di kampung tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan