Isnin, 30 Julai 2012

AKTIVITI 9 RAMADHAN 1433H

Tarikh: 29 Julai 2012.
Catatan        : Setelah mendapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa 2 orang petugas di rumah anak yatim Al Wadi Kg.Guar Reban, Kupang, YB terus bergegas ke bilik mayat Hospital Baling untuk menemui waris mangsa yang sedang menanti ketibaan kedua jenazah tersebut..YB mengucapkan takziah dan menghulurkan sumbangan kepada waris-waris  mangsa.

BILIK MAYAT HOSPITAL BALING

YB Cikgu Johari turut membantu mengurus jenazah yang baru tiba di bilik mayat Hospital Baling.

YB Cikgu Johari bersama waris mangsa kemalangan maut.


Setelah selesai solat lnsyak berjamaah, YB Cikgu Johari bersama penduduk dan anak-anak yatim Al-Wadi sedang solat jenazah di Surau Anak Yatim Al-Wadi Kg.Guar Reban, Kupang.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK DI KG.PADANG CINA, DUN KUPANG

YB Cikgu Johari sedang berbuka puasa bersama penduduk di Surau Kg.Padang Cina, DUN Kupang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan