Selasa, 5 Februari 2013

ADUN KUPANG CAKNA ANAK MUDA

Program    : Penyampaian Hadiah Pertandingan Bolasepak 7 Sepasukan.
Tarikh: 27 Januari 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Padang Bolasepak Kg.Gelugur, DUN Kupang.
Catatan        : YB Cikgu Johari berkesempatan meluangkan masa merai anak-anak muda di UPU Kg.Badang yang menganjurkan pertandingan bolasepak 7 sepasukan yang menawarkan hadiah tempat pertama RM 1200, Kedua RM 700 dan ketiga RM 300. YB Cikgu Johari turut menyumbangkan hadiah berupa piala,medal serta wang tunai sebagai tanda sokongan kepada aktiviti pemuda di UPU tersebut.Tuan rumah berjaya menjuarai pertandingan pada kali ini.Semua 6 orang MKK dalam UPU Kg.Badang ini berganding bahu menjayakan penganjuran ini dan hadir dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan diperkarangan Surau Kg.Gelugur berhampiran padang bolasepak tempat pertandingan.

YB Cikgu Johari dibawa memperkenalkan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada pemenang, Turut mengiringi YB semasa majlis ini ialah semua MKK dalam UPU KG.Badang.

YB Cikgu Johari bergambar bersama ketua pasukan yang menjurai pertandingan bolasepak.


YB Cikgu Johari bergambar bersama pasukan juara, Turut kelihatan semua MKK dalam UPU Kg.Badang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan