Ahad, 11 November 2012

ADUN KUPANG PUNYAI JADUAL YANG PADAT

Program    : ljtima`PAS Kedah / Sambutan Jemaah Haji / Sepetang Bersama Penduduk & BBQ Bersama Pemuda PAS.
Tarikh: 3 November 2012.
Catatan        : Bermula jam 9.00 pagi, YB bersama pimpinan PAS Kawasan Baling telah menghadiri ljtima`PAS Kedah yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Batu 9 Kota Sarang Semut,Selesai majlis tersebut YB terus bergegas pulang ke kawasannya untuk menghadiri majlis menyambut kepulangan kumpulan pertama para jemaah haji dari daerah Baling, Majlis yang diadakan di perkarangan Surau Taman Mesra Kupang ini turut dihadiri keluarga serta pimpinan PAS kawasan Baling, Selesai meraikan para jemaah haji, YB terus menghadiri majlis Sepetang Bersama Penduduk di Kg.Mengkuang Masjid, YB turut menyampaikan sedikit ucapan kepada penduduk dan sempat mengadakan lawatan ke rumah-rumah bagi menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang uzur serta dhaif, Pada sebelah malamnya pula YB menghadiri majlis BBQ Anak Muda anjuran pemuda PAS cawangan Kg.Memali di DUN Bayu.

IJTIMA` PAS KEDAH
YB Cikgu Johari ditemani TG.Abd Wahab Hasan, YDP Pas Kawasan Baling ( Kanan ) sedang membuat pendaftaran peserta ljtima`PAS Kedah.

YB Salahudin Ayob, Naib Presiden PAS sedang menyampaikan ucaptama ljtima` PAS Kedah.
YAB.Dato`Seri DiRaja Ust.Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah turut menyampaikan amanat, Turut kelihatan YB Cikgu Johari ( Duduk Kiri ) bersama Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah di pentas utama.


 
Sebahagian Ahli PAS memenuhi dewan Kompleks PAS Kedah Batu 9 Kota Sarang Semut.

Ahli PAS mendengar amanat yang disampaikan pimpinan PAS semasa ljitima` PAS Kedah.
  
SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI KE TANAH AIR.

YB Cikgu Johari bersama ahli keluarga sedang menanti bas yang membawa jemaah haji tiba di Surau Taman Mesra Kupang.
Kelihatan ahli keluarga memenuhi perkarangan Surau Taman Mesra Kupang.
Bas yang membawa para jemaah haji selamat sampai dan disambut ahli keluarga jemaah haji.
YB Cikgu Johari sempat bertanya khabar kepada jemaah haji yang menemui beliau.

YB Cikgu Johari memeluk seorang jemaah haji dan mengucapkan selamat kembali tanah air.


SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.MENGKUANG MASJID

YB Cikgu Johari minum petang bersama penduduk di Makaz PAS Kg.Mengkuang Masjid.
YB Cikgu Johari menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas yang uzur.

YB Cikgu Johari menjengah sebuah rumah yang di diami seorang warga emas. Turut mengiringi beliau ialah En.Abd Majid, MKK Kg.Mengkuang Masjid ( Kiri ).

YB Cikgu Johari menziarahi seorang muslimat yang baru bersalin.


YB Cikgu Johari menziarahi seorang OKU.



BBQ ANAK MUDA KG.MEMALI
YB Cikgu Johari sedang menjamu selera semasa menghadiri majlis BBQ Anak Muda Kg.Memali, Turut kelihatan Ust Hilmi Wahab ( Dua Kiri ) dan Ust Zulkifli Jusoh, Naib Ketua DPPB ( Kiri ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan