Isnin, 25 Jun 2012

Gambar Keadaan Pejabat SKWAT Kupang Yang Dimasuki Pencuri

Beginilah keadaan bilik di pejabat SKWAT Kupang yang digeledah dan 3 set komputer telah dicuri serta beberapa lagi peralatan pejabat juga turut hilang, Setelah laporan Polis dibuat pihak SKWAT Kupang bersama ahli dan penyokong PAS serta orang ramai telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin selama 3 hari berturut-turut di perkarangan pejabat serta di surau dan di kampung masing-masing.

1 set komputer di meja kerani turut hilang.

Keadaan bilik S\U SKWAT yang kehilangan 1 set komputer dan digeledah.

Keadaan bilik YB Cikgu Johari yang digeledah pencuri.

1 set komputer dan 1 unit mesin fax hilang dan bilik ini juga turut digeledah.


Seorang anggota Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan