Isnin, 11 Mac 2013

SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.BUKIT HITAM

Program    : Ziarah & Sumbangan Kepada Penduduk Kg.Bukit Hitam, Kuala Pegang.
Tarikh: 10 Mac 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Bukit Hitam, DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 31 buah keluarga di Kg.Bukit Hitam menerima kunjungan serta sumbangan daripada YB Cikgu Johari dan Ust Musoddak Hj Ahmad ( Pegawai Khas Kepada YAB MB Kedah ), Rombongan pada kali ini menjelajah dari rumah ke rumah dengan motorsikal yang turut disertai penduduk kampung, Turut hadir pada lawatan ini ialah Hj Basri Che Man ( MKK Kg.Bukit Hitam ).

ZIARAH & SUMBANGAN DI KG.BUKIT HITAM

Ust Musoddak membonceng motorsikal untuk menjelajah kampung bagi menyampaikan sumbangan.
Ust Musoddak menyerahkan sumbangan sambil diiringi YB Cikgu Johari
















GOTONG-ROYONG PERDANA DAERAH BALING

Program    : Gotong-royong Perdana Peringkat Daerah Baling 2013.
Tarikh: 10 Mac 2013.
Masa: 9.00 Pagi.
Tempat: Taman Dato`Muslim, Kuala Ketil.
Catatan        : Majlis Daerah Baling ( MDB ) mengadakan majlis gotong-royong perdana bersama masyarakat khususnya penduduk disekitar pekan Kuala Ketil, Pada kali ini Taman Dato`Muslim telah dipilih menjadi lokasi program tahunan anjuran MDB, YB Ust Abd Ghani Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili YAB.Menteri Besar Kedah hadir dalam majlis perasmian penutup majlis gotong-royong perdana peringkat daerah Baling bagi tahun 2013. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Cikgu Johari Abdullah ( ADUN Kupang ), YB Cikgu Hj Md.Zuki Yusof ( ADUN Kuala Ketil), En.Asrol Sany Awang Puteh ( S/U MDB ), Pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, Ahli-ahli Majlis Daerah Baling, Pelatih PLKN Kem Sg.Limau, Penduduk Taman Dato`Muslim dan orang ramai.

GOTONG-ROYONG PERDANA MDB 2013.

YB Ust Abd Ghani Ahmad berucap merasmikan Gotong-royong perdana MDB 2013.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada majlis perasmian Gotong-royong perdana MDB 2013.

Setiausaha MDB menyampaikan cenderahati kepada YB Ust Abd Ghani Ahmad.

YB Ust Abd Ghani Ahmad melepaskan belon pada majlis perasmian gotong-royong perdana MDB 2013.


YB Cikgu Hj Md Zuki Yusof turut menerima cenderahati kenangan daripada En Asrol Sany.

YB Cikgu Johari juga turut menerima cenderahati