Rabu, 15 Ogos 2012

750 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN RAYA DARIPADA YB ADUN KUPANG

Program    :Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Anak2 Yatim Daerah Baling.
Tarikh: 14/8/2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H.
Masa: 10.00 pagi.
Tempat: Perkarangan Pejabat SKWAT DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 750 orang anak-anak yatim yang melibatkan DUN Kupang dan Bayu hari ini diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan duit raya dan kupon pakaian raya daripada YB Cikgu Johari. Majlis ini merupakan acara tahunan pejabat SKWAT DUN Kupang bagi meraikan anak-anak yatim di daerah Baling, Pada awal tahun ini mereka turut menerima sumbangan pakaian sekolah juga daripada pihak pejabat SKWAT DUN Kupang.Sumbangan ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang disumbangkan melalui Tabung Asnaf Anak Yatim..Turut hadir menyerikan majlis ini adalah Ust Md Juki Ahmad, Pengarah MTD Bayu, Jawatankuasa SKWAT DUN Kupang, MKK dan S/U MKK DUN Kupang dan Bayu.


SUASANA SEKITAR MAJLIS SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

Para petugas SKWAT sedang sibuk melayan pengunjung di meja pendaftaran.

Sebahagian daripada penerima sumbangan memenuhi ruang khemah.

YB Cikgu Johari sedang berucap dalam majlis sumbangan raya kepada anak-anak yatim.

Sebahagian daripada anak-anak yatim yang hadir.


Ust Md Juki Ahmad menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim.


YB Cikgu Johari menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.






AKTIVITI PADA 24 RAMADHAN 1433H

Program    
Tarikh
Masa
Tempat
Catatan        :

24 RAMADHAN 1433H    

YB MEMENUHI JEMPUTAN RAKYAT DI 3 DUN
3.00 Petang.DUN BAYU-YB Cikgu Johari berucap semasa majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada penduduk di Kg.lboi, DUN Bayu.

Sebahagian daripada 160 orang penerima sumbangan raya anjuran PAS cawangan Kg.lboi.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada penerima.




5.00 Petang. DUN KUALA KETIL-YB cikgu Johari berucap dalam majlis sumbangan raya anjuran PAS cawangan Kg.Charok Bakap, DUN Kuala Ketil.

YB cikgu Johari menyantuni seorang anak yatim semasa menyampaikan duit raya dan kupon baju raya.

YB cikgu Johari turut memberi sumbangan khas kepada anak2 yatim.

YB cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal.

YB cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada warga emas.

Ust Hilmi Wahab, Ketua Penerangan PAS kawasan Baling,menyampaikan sumbangan kepada seorang petugas yang mengimarahkan markaz PAS sepanjang bulan Ramadhan.

YB cikgu Johari meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada En.Hakim Abd hamid, Petugas Unit Amal kawasan Baling yang cedera akibat dipatuk ular.

YB cikgu Johari juga meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang uzur.

9.00 Malam.DUN KUPANG-YB cikgu Johari menyampaikan tazkirah selepas solat terawikh bersama penduduk di Markaz PAS Kg.Bukit Hijau, DUN Kupang.