Khamis, 10 Januari 2013

ADUN KUPANG SERTAI GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK

Program    : Gotong-royong Pemasangan Paip Bekalan Air Masyarakat ( BAM ).
Tarikh: 6 Januari 2013.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Kg.Luar, Siong, DUN Bayu.
Catatan        : Pengguna air masyarakat khususnya di Kg.Luar dan Kg.Telok Temelah amat bersyukur setelah Kerajaan Negeri meluluskan sejumlah peruntukan untuk menggantikan paip air masyarakat yang digunakan mereka sejak sekian lama, Lebih 200 buah rumah masih menggunakan air masyarakat ini, YB Cikgu Johari meluangkan masa turun bergotong-royong memasang paip air masyarakat bersama penduduk di kampung tersebut, Turut hadir dalam majlis itu ialah En.Ramli Hussin ( MKK Kg.Luar ) serta jawatankuasa MKK, Ust Mahmud Yaakob ( MKK Kg.Telok Temelah ), Pengerusi BAM Kg.Luar serta penduduk kampung.

GOTONG-ROYONG PEMASANGAN PAIP BEKALAN AIR MASYARAKAT
YB Cikgu Johari melihat kawasan bekalan air masyarakat, Turut kelihatan Ust Mahmud Yaakob ( Dua Kiri ).


YB Cikgu Johari turut membantu penduduk memasang paip air.

YB Cikgu Johari melihat kerja-kerja pemasangan paip air.


ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK.


Selesai menghadiri majlis gotong-royong bersama penduduk di Kg.Luar, DUN Bayu, YB Cikgu Johari meneruskan aktiviti beliau, Pada jam 6.00 petang beliau ke Kg.Mengkuang Tengah, DUN Kupang untuk menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang sempat diziarahi.

YB Cikgu Johari menghulurkan sumbangan kepada seorang waris yang kematian anak lelaki baru-baru ini, Turut kelihatan Ust Ashri Abd Rahman, MKK Kg.Mengkuang Tengah.

Rabu, 9 Januari 2013

YB RASMI KURSUS HAJI & UMRAH SESSI 1434H

Program    : Majlis Perasmian Kursus Asas lbadah Haji & Umrah Kali Ke-5 Sessi 1434H.
Tarikh: 5 Januari 2013.
Masa: 2.00 Petang.
Tempat: Masjid Kg.Badang, DUN Kupang.
Catatan        : YB Cikgu Johari sekali lagi dijemput untuk merasmikan kursus asas ibadah haji dan umrah kali ke-5 bagi sessi 2013, Kursus yang dianjurkan Jawatankuasa Masjid Kg.Badang ini mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji Kulim dan Baling, Lebih 40 orang peserta baru menghadiri majlis perasmian ini, Turut hadir adalah Hj Abd Halil Hj Baharum, Pembimbing lbadah Haji yang juga merupakan penceramah tetap kursus haji, Pengurus Tabung Haji, Wakil Pejabat Agama Daerah Baling serta Jawatankuasa Masjid Badang dan peserta kursus.

Majlis Perasmian Kursus Asas lbadah Haji & Umrah Kali Ke-5 Sessi 1434H.

Hj Dahalim Zakaria, S/U kursus haji sedang menyampaikan ucapan aluan.

Sebahagian daripada peserta kursus haji hadir semasa majlis perasmian.

Puan Hjh Zuita, Pengurus Tabung Haji sedang berucap.
YB Cikgu Johari berucap merasmikan kursus haji dan umrah sessi 2013.